dcsimg

Bayam ( Malay )

provided by wikipedia MS
 src=
Amaranthus spp.

Bayam ialah tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn). Di Malaysia, bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei.

Bayam dikenali di Malaysia danIndonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laos) dan Raudeen (Vietnam). Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika Tengah dan Afrika tetapi dari genus yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.

Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.

Untuk dibuat ulam, daun dan batang muda dicelur atau direbus lalu dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasanya manis dan sedap.

Ciri botani

Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m. Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat. Bunga majmuk, kecil hijau, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji yang sangat kecil, berbentuk bulat, berwarna hitam.

Perbezaan bayam dan spinach

Terdapat kekeliruan dalam nama bayam dan spinach. Kedua-duanya adalah daripada keluarga yang sama iaitu Amaranthaceae tapi berlainan genus. Genus bayam adalah Amaranthus, manakala genus spinach adalah Spinacia. Kekeliruan ini terhasil apabila bayam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Sepatutnya bayam dalam bahasa Inggeris disebut Amaranth. Walau bagaimanapun, istilah bayam untuk spinach telah digunapakai dalam istilah bahasa Melayu.[1]

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.

Penanaman

Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan.[2]

Tabur benih bayam (halus berwarna hitam) yang telah digaul dengan tanah peroi atau pasir sama rata diatas batas. Buat penyiraman selepas tabur benih. Selepas 2-3 hari benih akan bercambah dengan jarak sesuai kira2 8-10 cm antara pokok dan 45 cm antara barisan. Keperluan benih bayam sebanyak 1-3 kg sehektar. Sungkupan adalah perlu selepas tabur benih dengan lalang, pelepah kelapa dan sebagainya. Petani maju gunakan 'black netting' sebagai sungkupan. Ada petani yang menyemai dahulu bayam tetapi petani di Muar biasanya tabur terus benih daiatas batas. Penyiraman bayam adalah sangan penting untuk pastikan bayam hidup subur dengan sistem sprinkler. Kawalan rumpai dijalankan dengan manual dan dijalankan berhati-hati kerana akan menjejaskan akar bayam.

Baja organik tahi ayam biasanya digunakan sebagai baja asas yang dibubuh diatas batas semasa penyediaan kawasan dan batas dengan kadar 5 metrik tan sehektar. Baja Sulphate of Amonia sebanyak 240 gm/ha ditabur 7 hari lepas tabur benih bersama Basa TSP (24 kg/ha) dan baja MOP (120 kg/ha).Terdapat sebilangan petani komersial bayam yang menggunakan baja foliar (baja semburan daun) untuk mempercepatkan penuaian dan meningkatkan kualiiti bayam. Kawasan tanah gambut sangat sesuai menanam sayuran daun seperti bayam kerana mudah pengurusan batas, rumpai dan kerja menuai hasil.

Penuaian

Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut dan ianya dikumpulkan. Bersihkan dengan membasuh bahagian akar dari kekotoran tanah sebelum dimasukkan kedalam bakul. Bayam adalah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera. Kajian saya di sekitar Muar, Melaka dan Johor Bahru mendapati anggaran hasil sekitar tanaman bayam adalah 1-2 kg/meter persegi atau 10,000 -20,000 kg/ha. Saya dapati tanaman Bayam di Kg Solok Tangkak pula mendapat purata berat hasil sekitar 12,000 kg sehektar dengan kekerapan 8-10 kali pusingan penanaman setahun.

Perosak

Antara perosak tanaman bayam adalah Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang memotong anak benih bayam pada paras tanah dan kawalan dengan racun serangga jenis Fenvelerate atau cypermethrin. Perosak Ulat Ratus (Spodoptera litura) memakan daun dan dikawal dengan racun cypermethrin. Dua jenis penyakit yang menyerang tanaman bayam adalah Hawar Melecuh (Cystobus bliti) yang simptomnya tompok2 putih pada daun dan tiada kawalan kimia yang berkesan. Oleh itu amalkan tanaman giliran dan tanam dikawasan baru yang bebas penyakit. Penyakit Lecuh Anak benih (Phytium aphani dermatum) menyerang pangkal pokok dan akibatnya pokok mati dan boleh dikawal denganracun kulat Capstan dan IPM.

Khasiat

Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.[3] Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.[perlu rujukan]

Bayam digunakan sebagai sayuran segar dan ditumis atau di buat masak air sup (Bening, kata orang Jawa Muar). Ia juga mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk kesihatan. Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil.

Bacaan lanjut

Rujukan

  1. ^ Ini dapat dilihat dalam terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ Cara sesuai tanam bayam. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.
  3. ^ PROSEA: Vegetables in ASEAN (1994)

Lihat juga

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Bayam: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
 src= Amaranthus spp.