Burung Puchong Seriap[1] (bahasa Inggeris: Grey Heron) boleh dijumpai di seluruh dunia. Burung Puchong Seriap berukuran lebih kurang 40 inci, berbadan kurus, mempunyai leher dan kaki yang panjang. Burung Puchong Seriap hidup secara berkumpulan di kawasan berair termasuk air masin, jernih atau keruh seperti paya, lombong tinggal, tasik dan di kuala. Makanan Burung Puchong Seriap ialah ikan, hidupan air yang kecil dan tikus.
Burung Puchong Seriap ialah salah satu haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya Ardea cinerea.[2] Ia merupakan salah satu spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [3]
Burung Puchong Seriap ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam: haiwan, filum: kordata, sub-filum: bertulang belakang (vertebrata), kelas: burung. Burung Puchong Seriap ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Puchong Seriap tidak bergigi.
Burung Puchong Seriap membiak dengan bertelur. Telur Burung Puchong Seriap bercengkerang keras.
Burung Puchong Seriap merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.
Burung Puchong Seriap (bahasa Inggeris: Grey Heron) boleh dijumpai di seluruh dunia. Burung Puchong Seriap berukuran lebih kurang 40 inci, berbadan kurus, mempunyai leher dan kaki yang panjang. Burung Puchong Seriap hidup secara berkumpulan di kawasan berair termasuk air masin, jernih atau keruh seperti paya, lombong tinggal, tasik dan di kuala. Makanan Burung Puchong Seriap ialah ikan, hidupan air yang kecil dan tikus.
Burung Puchong Seriap ialah salah satu haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya Ardea cinerea. Ia merupakan salah satu spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu.