dcsimg
Image de Lentinula edodes (Berk.) Pegler 1976
Life » » Fungi » » Basidiomycota » » Omphalotaceae »

Lentinula edodes (Berk.) Pegler 1976

Shiitake ( malais )

fourni par wikipedia MS

Lentinula edodes
Ciri-ciri mikologi:
Gills icon.png
Himenium berinsang
Conical cap icon.svg
Pileus berbentuk cembung
Bare stipe icon.png
Tangkai terdedah
White spore print icon.png
Cetakan spora berwarna putih
Saprotrophic ecology icon.png
Ekologi: Saprofit
Choice toxicity icon.png
Status sebagai makanan: Pilihan

Cendawan Shiitake (椎茸) (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake[1] adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.

Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.

Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.

Shiitake dalam bahasa Cina disebut xiānggū (Hanzi: 香菇, "cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut dōnggū (Hanzi: 冬菇, "cendawan musim dingin") atau huāgū (花菇, "cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.

Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol") [1], kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.

Gambaran

Cendawan shiitake tumbuh di permukaan batang kayu yang reput dari pokok Castanopsis cuspidata, Castanea crenata (berangan), dan sejenis pokok oak Quercus acutissima. Batang dari tubuh buah sering melengkung, kerana shiitake tumbuh ke atas dari permukaan batang kayu yang ditegakkan. Payung terbuka lebar, berwarna coklat tua dengan bulu-bulu halus di bahagian atas permukaan payung, sedangkan bahagian bawah payung berwarna putih.

Cendawan beracun spesis Omphalotus guepiniformis[2] kelihatan agak serupa dengan cendawan shiitake sehingga banyak orang yang tertipu dan keracunan.

Sejarah penanaman

Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.

Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.

Penggunaan dalam masakan

Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.

Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.

Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.

Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.

Rujukan

  • Tsuji, Shizuo (1980). Japanese Cooking: A Simple Art. New York: Kodansha International/USA.
  • Yun Ho Choi, et al. (2005). "Inhibition of Anaphylactic Reaction and Mast Cell Activation by the Methanol Extract of Letinus edodes". Chonbuk National University, Republic of Korea. (unpublished)

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Shiitake.
  • ^ Cendawan, Penerbit Buku Prima
  • licence
    cc-by-sa-3.0
    droit d’auteur
    Pengarang dan editor Wikipedia
    original
    visiter la source
    site partenaire
    wikipedia MS

    Shiitake: Brief Summary ( malais )

    fourni par wikipedia MS

    Cendawan Shiitake (椎茸) (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.

    Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.

    Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.

    Shiitake dalam bahasa Cina disebut xiānggū (Hanzi: 香菇, "cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut dōnggū (Hanzi: 冬菇, "cendawan musim dingin") atau huāgū (花菇, "cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.

    Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol") [1], kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.

    licence
    cc-by-sa-3.0
    droit d’auteur
    Pengarang dan editor Wikipedia
    original
    visiter la source
    site partenaire
    wikipedia MS