dcsimg

Burung Madu ( Malay )

provided by wikipedia MS

 src=
Colibri thalassinus menghisap madu bunga

Burung Madu ialah sejenis Burung Kelicap[1] yang berada dalam keluarga Trochilidae.[2] Ia merupakan antara burung terkecil, kebanyakan spesies berukuran dalam julat 7.5–13 cm (3–5 in). Malah, spesies burung masih wujud terkecil ialah burung madu Mellisuga helenae yang sepanjang 5 cm. Ia boleh terapung di udara dengan mengepak-ngepak sayapnya di udara dengan cepat, 12–90 kali sesaat (berbeza mengikut spesies). Untuk menjimatkan tenaga semasa tidur atau apabila kekurangan makanan, burung madu boleh memasuki keadaan serupa-hibernasi (torpor) di mana kadar metabolismanya menurun sehingga 1/15 kadar biasa.[3] Famili ini juga merupakan satu-satunya jenis kumpulan burung yang boleh terbang ke belakang (dan dalam semua arah).[4] Ia boleh terbang dengan kelajuan melebihi 15 m/s (54 km/h; 34 mph).[5]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Rahsia spesies burung Kosmo! Online
  2. ^ Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716. m/s. 138
  3. ^ Hummingbirds Smithsonian Migratory Bird Center
  4. ^ Ridgely, Robert S.; dan Paul G. Greenfield. The Birds of Ecuador, Jilid 2, Field Guide, Cornell University Press, 2001
  5. ^ Clark dan Dudley (2009). "Flight costs of long, sexually selected tails in hummingbirds".Proceedings of the Royal Society of London, Mac 2009.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Madu.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Burung Madu: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
 src= Colibri thalassinus menghisap madu bunga

Burung Madu ialah sejenis Burung Kelicap yang berada dalam keluarga Trochilidae. Ia merupakan antara burung terkecil, kebanyakan spesies berukuran dalam julat 7.5–13 cm (3–5 in). Malah, spesies burung masih wujud terkecil ialah burung madu Mellisuga helenae yang sepanjang 5 cm. Ia boleh terapung di udara dengan mengepak-ngepak sayapnya di udara dengan cepat, 12–90 kali sesaat (berbeza mengikut spesies). Untuk menjimatkan tenaga semasa tidur atau apabila kekurangan makanan, burung madu boleh memasuki keadaan serupa-hibernasi (torpor) di mana kadar metabolismanya menurun sehingga 1/15 kadar biasa. Famili ini juga merupakan satu-satunya jenis kumpulan burung yang boleh terbang ke belakang (dan dalam semua arah). Ia boleh terbang dengan kelajuan melebihi 15 m/s (54 km/h; 34 mph).

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS