dcsimg
馬鈴薯的圖片
Life » » Archaeplastida » » 木蘭綱 » » 茄科 »

馬鈴薯

Solanum tuberosum L.

Kentang ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Kentang ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.

Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.

Huraian botani

 src=
Pokok kentang.

Pokok kentang bertumbuh dengan rendah dan melahirkan bunga-bunga yang putih hingga ungu warnanya, dengan stamen yang berwarna kuning. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya didebunga silang dengan pokok-pokok kentang yang lain oleh serangga, tetapi penswasenyawaan juga kerap berlaku. Setiap jenis kentang juga boleh dibiakkan secara vegetatif dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata. Sesetengah kelainan komersil kentang tidak menghasilkan sebarang biji (pokok-pokok ini melahirkan bunga-bunga seks tunggal yang tidak sempurna), dan hanya boleh dibiak melalui keratan-keratan ubi.

 src=
Bunga-bunga pokok kentang.

Selepas pokok kentang berbunga, sesetengah kelainan akan menghasilkan buah-buah hijau yang kecil yang kelihatan seakan-akan tomato ceri. Pokok-pokok ini menghasilkan biji-biji, seperti dengan buah-buahan yang lain. Setiap buah ini mengandungi sehingga 300 biji sebenar. Biji-bijinya boleh dipisahkan dari buahnya melalui mesin pengisar laju rendah yang mengandungi sedikit air, dan kemudian meninggalkannya di dalam air selama sehari supaya biji-bijinya dapat tenggelam dan bahagian-bahagian buah yang lain dapat mengapung. Bagaimanapun, sesetengah ahli hortikultur menjual kimera yang dihasilkan melalui percantuman pokok tomato kepada pokok kentang supaya dapat menghasilkan kedua-dua tomato dan kentang yang boleh dimakan.

Kentang di pasaran

Di pasaran, kentang dipisah-pisahkan menurut saiznya dan dinamai kualiti A, B, C, dan D, dengan kualiti A merupakan kualiti yang terbaik. Sebutan 'kentang kualiti AB' bererti campuran antara kualiti A dan B.

Lihat juga

Pautan luar

許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS

Kentang: Brief Summary ( 馬來語 )