dcsimg

Musang Pulut ( Malay )

provided by wikipedia MS


Musang Pulut (bahasa Inggeris: "Common Palm Civet" merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat dari India dan Sri Lanka sehingga keseluruhan selatan China dan tanah besar Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Filipina. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Paradoxurus hermaphroditus. [1]

Musang Pulut boleh di dapati di hutan sekunder (baru), ladang buah, berhampiran kampung, malah kadang kala terdapat di bumbung rumah kawasan pendalaman. Pada kebiasaannya, ia bersarang dalam lubang pokok di mana mereka menjaga dua atau tiga ekor anak. Spesies ini aktif pada waktu malam sepenuhnya.

Ciri-ciri

Musang Pulut adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Musang Pulut terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Musang Pulut boleh dikenali dengan tiga jalur gelap di bahagian belakang dengan latar belakang kelabu atau (creamy), dan topeng hitam pada bahagian mata, pipi dan hidung dengan tompok putih di bahagian bawah mata. Musang Pulut mempunyai bulu kasar kelabu sehingga keperangan dengan bulu tebal (guard hairs) hitam dihujung merata-rata. Ia turut mempunyai bau yang kuat yang mencucuk hidung.

Musang Pulut mempunyai berat sekitar 4 hingga 11 paun, dengan panjang antara kepala dan badan sekitar 43.2-71 sentimeter (17 to 28 inci), dangan ekor sepanjang 40.6-66 sentimeter (16 hingga 26 inci). Ia mempunyai telinga yang kecil dan agak meruncing, sebagaimana hidungnya. Ia mempunyai tubuh yang panjang kurus dangan kaki pendek. Bahagian telinga, kaki dan hujung ekor juga berbulu hitam.

Musang Pulut menyebarkan biji benih dari pada buah yang dimakannya dengan memakan isi dan membuang najis yang berisi biji benih jauh daripada pokok asal. Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai musang Pulut, tabiat keluar waktu malamnya terhasil kerana bagi mengelakkan pemangsa.

Both sexes have well-developed anal scent glands looking somewhat like testes, which gives the musang its species name.

Makanan

Musang Pulut adalah maserba malam (nocturnal), dan memburu secara bersendirian. Ia adalah pemanjat yang cekap dan menghabiskan kebanyakan masa di atas pokok. Makanan utama musang Pulut adalah buah-buahan terutamanya mempelam, tetapi turut makan haiwan bertulang belakang kecil, cacing dan serangga.

Musang Pulut juga sangat suka memakan nira yang digunakan dalam nama Inggerisnya. Musang Pulut juga gemarkan buah kopi. Ia makan isi luar dan biji kopi melalui saluran penghadaman mereka. Kopi yang mahal yang dikenali sebagai luwak dikatakan dihasilkan daripada biji kopi ini. Kopi luwak dikatakan mempunyai rasa berkanji (gamy flavor) dan dijual dengan harga sehingga US$100 sepaun.

Pembiakan

Musang Pulut turut mengawal kawasan yang mungkin bertindan semasa bekalan makan berkurangan. Apabila tinggal disesuatu kawasan, musang akan menggunakan pokok yang sama untuk tidur pada waktu siang.

Musang Pulut membiak sepanjang tahun walaupun ia pernah direkodkan bahawa anaknya lebih kerap dilihat antara Oktober hingga Disember. Anaknya dilahirkan berkawan antara 2 hingga 5 ekor. Sebagai mamalia, Musang Pulut berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Musang Pulut akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Musang Pulut menjadi matang antara 11 hingga 12 bulan. Dalam kurungan musang Pulut mampu hidup sehingga 22 tahun.


Rujukan

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Musang Pulut: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Musang Pulut (bahasa Inggeris: "Common Palm Civet" merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat dari India dan Sri Lanka sehingga keseluruhan selatan China dan tanah besar Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Filipina. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Paradoxurus hermaphroditus.

Musang Pulut boleh di dapati di hutan sekunder (baru), ladang buah, berhampiran kampung, malah kadang kala terdapat di bumbung rumah kawasan pendalaman. Pada kebiasaannya, ia bersarang dalam lubang pokok di mana mereka menjaga dua atau tiga ekor anak. Spesies ini aktif pada waktu malam sepenuhnya.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS