dcsimg

Tenuk Malaysia ( Malay )

provided by wikipedia MS

Tenuk Malaysia (Tapirus indicus), merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies.

Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam walaupun tiada pengesahan dibuat dan mungkin juga terdapat di Laos.

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan.

Penerangan

Haiwan ini mudah dikenali berdasarkan coraknya iaitu putih dan hitam. Warna putih menyaluti dari bahagian bahu hinggalah ke bahagian punggung. Manakala selebihnya berwarna hitam kecuali hujung telinga di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Corak sebegini amat berguna sebagai penyamaran di mana corak tersebut membuatkan ia sukar dikenalpasti sebagai tenuk dan pemangsa mungkin mengecamnya sebagai batu yang besar lebih-lebih lagi jika tenuk ini duduk telentang untuk berehat mahupun tidur.[1]

 src=
Rangka Tenuk Malaysia

Kitar hidup

Musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun. Tempoh kehamilan Tenuk Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari (lebih kurang 13 bulan), di mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 15 paun (6.8 kg). Kebiasannya tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain.[2]

Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan. Sama seperti spesies tenuk muda yang lain, tenuk ini mempunyai bulu berwarna perang dengan bejalur putih dan berbintik-bintik di mana corak ni membolehkan mereka untuk berssembunyi dengan berkesan ketika berada di kawasan hutan yang kelihatan bertelau-telau cahayanya. Perubahan warna tenuk muda kepada perwarnaan tenuk dewasa berlaku antara 4 hingga 7 bulan selepas lahir. Tempoh bercerai susu pula berlaku ketika berumur 6 hingga 8 bulan.

Tempoh kematangannya kira-kira 2.5 hingga 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar.

Tingkah laku

 src=
Tenuk Malaysia bersama anaknya

Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak.

Tenuk ini merupakan haiwan vegetarian, makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti sejenak untuk makan serta mengambil perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini.[3] Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan.

Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal. Selain itu, tenuk ini lebih cenderung untuk makan selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam. Kelakuan sebegini tergolong sebagai haiwan krekuspul.

Variasi Brevetianus

Sebilangan kecil Tenuk Malaysia melanistik telah dikenalpasti dengan seluruh badannya berwarna hitam. Pada tahun 1924, tenuk terbabit telah dihantar ke Zoo Rotterdam, Belanda dan diklasifikasikan sebagai subspesies yang dikenali sebagai Tapirus indicus var. brevetianus selepas ditemui oleh Kapten K. Brevet.[4] Pada tahun 2000, dua ekor tenuk melastik telah dikenalpasti ketika sedang membuat kajian tentang harimau di Hutan Simpan Jerangau di Malaysia.[5] Kemunculan variasi ini mungkin disebabkan oleh keabnomalan genetik di mana kejadian ini serupa dengan kemunculan harimau kumbang di dalam kawasan populasi jaguar bintik. Bagaimanapun, maklumat tentang brevetianus masih kurang.

Rujukan

  1. ^ Woodland Park Zoo Animal Fact Sheet: Malayan Tapir (Tapirus indicus)
  2. ^ Fahey, B. 1999. "Tapirus indicus" (On-line), Animal Diversity Web. Accessed June 16, 2006.
  3. ^ bin Momin Khan, Mohd Khan. "Status and Action Plan of the Malayan Tapir (Tapirus indicus)" Tapirs: Status Survey and Conservation Action Plan published by IUCN Tapir Specialist Group, 1997, page 1
  4. ^ Shuker, Dr. Karl P. N. Mysteries of Planet Earth, pages 11-12
  5. ^ "Recent Observations of Melanistic Tapirs in Peninsular Malaysia".Pada bulan September 2003, pengkaji Kanada iaitu William Sommers telah menyaksikan kelahiran Tapirus indicus var. brevetianus secara liar. Tapir Conservation: The Newsletter of the IUCN/SSC Tapir Specialist Group, June 2002, Volume 11, Number 1, pages 27-28

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tenuk Malaysia

Media

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Tenuk Malaysia: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Tenuk Malaysia (Tapirus indicus), merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies.

Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam walaupun tiada pengesahan dibuat dan mungkin juga terdapat di Laos.

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS