Marsupial merupakan satu infrakelas mamalia yang bercirikan anggota badan kantung (marsupium) yang digunakan oleh haiwan betina untuk mengangkut anaknya.
Dari segi taksonomi, Marsupialia terdiri daripada dua cabang utama: iaitu marsupial Amerika dan marsupial Australia.[1][2] Order Microbiotheria (yang cuma ada satu spesies, iaitu Monito del Monte) ditemui di Amerika Selatan tetapi dipercayai lebih erat persaudaraannya dengan marsupial Australia. Terdapat banyak spesies arboreal kecil dalam setiap kumpulan. Untuk membezakan spesies-spesies Amerika Utara dan Australia yang kedua-duanya dikenali sebagai "posum", spesies Amerika Utara sewajarnya dipanggil oposum manakala spesies Australia digelar posum.
† menandakan kepupusan
Marsupial merupakan satu infrakelas mamalia yang bercirikan anggota badan kantung (marsupium) yang digunakan oleh haiwan betina untuk mengangkut anaknya.