dcsimg
صورة Flammulina
Life » » Fungi » » دعاميات » » حرنكشيات »

إينوكيتاكي

Flammulina velutipes (Curtis) Singer 1951

Enokitake ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS

Flammulina velutipes
Ciri-ciri mikologi:
Gills icon.png
Himenium berinsang
Conical cap icon.svg
Pileus berbentuk cembung
Bare stipe icon.png
Tangkai terdedah
White spore print icon.png
Cetakan spora berwarna putih
Saprotrophic ecology icon.png
Ekologi: Saprofit
Choice toxicity icon.png
Status sebagai makanan: Pilihan
 src=
Cendawan Enokitake hasil pertanian

Cendawan Enokitake (えのき茸, cendawan enoki) adalah cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge. Dikenali juga sebagai cendawan tauge, cendawan musim sejuk, atau cendawan jarum emas (Hanzi: 金针菇, pinyin: jīnzhēngū, Hangul: 팽이버섯 , Alih aksara: pengi beoseot).

Di wilayah dunia beriklim sejuk, cendawan tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah mulai musim luruh hingga awal musim bunga. Cendawan ini juga diketahui tumbuh di bawah salji. Cendawan tumbuh di permukaan batang pohon Celtis sinensis (bahasa Jepun: Enoki) yang sudah mereput, sehingga disebut Enokitake (cendawan Enoki). Cendawan ini juga boleh tumbuh di permukaan batang kayu reput pohon-pohon berdaun lebar seperti Bebesaran dan Kesemek. Cendawan ini sering dianggap sebagai hama bagi beberapa produk pertanian.

Perindustrian

Cendawan Enokitake hasil penanaman yang boleh dituai sepanjang tahun. Industri penanaman Enokitake agak berbeza dari Enokitake yang tumbuh meliar. Cendawan hasil penanaman dilindungi dari sinar matahari sehingga berwarna putih, sedangkan cendawan liar berwarna coklat hampir merah jambu. Cendawan hasil penanaman juga memiliki batang yang panjang dan kurus-kurus, sedangkan cendawan liar memiliki batang yang lebih pendek dan gemuk. Rasa cendawan tanam juga sangat berbeza dengan cendawan yang tumbuh meliar.

Enokitake yang tersedia di pasar merupakan hasil penanaman. Cendawan ditanamkan dengan menggunakan botol plastik atau beg plastik. Cendawan memerlukan 30 hari pada suhu 15°C dan kelembaban 70% di atas medium serbuk gergaji atau serbuk bonggol jagung ditambah pelbagai bahan campuran lain. Setelah itu, cendawan masih perlu tumbuh 30 hari lagi dengan suhu yang lebih sejuk dan lebih lembab.

Cendawan dilindungi dari sinaran matahari dan dipaksa tumbuh di dalam botol plastik atau beg plastik yang sempit. Cendawan yang terus mencari sinaran matahari akhirnya tumbuh terus ke atas hingga menjadi panjang-panjang dan kurus. Cendawan memang boleh tumbuh tanpa sinar matahari, tapi sinaran matahari tetap diperlukan pada penyebaran spora.

Manfaat

Cendawan ini banyak digunakan dalam berbagai masakan sup dalam Jepun, Korea, Cina, dan Vietnam. Cendawan mempunyai tekstur garing dan aroma yang segar. Bahagian akar perlu dipotong sebelum digunakan dalam masakan. Cendawan segar tahan disimpan di peti ais hingga seminggu.

Cendawan Enokitake sangat mudah ditanamkan dan sudah dijadikan industri di Jepun sejak lebih 300 tahun yang lalu. Cendawan Enokitake boleh ditanam sendiri di rumah asalkan suhu cukup sejuk. Di China, cendawan ini sering digunakan dalam peubatan tradisional untuk mengubati kesukaran membuang air besar.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Enokitake
ترخيص
cc-by-sa-3.0
حقوق النشر
Pengarang dan editor Wikipedia
النص الأصلي
زيارة المصدر
موقع الشريك
wikipedia MS

Enokitake: Brief Summary ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS
 src= Cendawan Enokitake hasil pertanian