dcsimg

Cengkerik ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı

 src=
Cengkerik padang AfrikaGryllus bimaculatus

Cengkerik, famili Gryllidae adalah sejenis serangga berwarna perang dan hitam serta mengeluarkan bunyi dengan menggeselkan kepaknya. Cengkerik mempunyai badan leper dan antena panjang. Terdapat kira-kira 900 spesies cengkerik. Cengkerik biasanya nokturnal (aktif pada waktu malam) dan selalu disalahanggap sebagai belalang kerana mempunyai struktur badan yang sama termasuk kaki belakang yang dapat melompat. Cengkerik tidak berbahaya kepada manusia.

Diet dan kitaran hidup

Cengkerik ialah pebangkai omnivor yang makan bahan organik, dan juga tumbuhan reput, kulat, dan beberapa anak benih. Cengkerik makan bangkai sendiri jika tiada sumber makanan lain, dan menunjukkan kelakuan pemangsa ke atas cengkerik yang lumpuh.

Cengkerik secara relatifnya mempunyai rahang yang kuat, dan diketahui menggigit manusia, biasanya tanpa memecahkan kulit. Walau bagaimanapun, gigitannya boleh menjadi sakit apabila terkena pada kulit sensitif seperti di jari taut selaput (antara jari dengan jari).

Cengkerik mengawan pada lewat musim panas dan bertelur pada musim luruh. Telurnya menetas pada musim bunga dan dapat mencecah 2,000 telur untuk setiap betina. Walau bagaimanapun, subspesies seperti Acheta Domestica bertelur hampir berterusan, dengan betina dapat bertelur sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Cengkerik betina mempunyai organ bertelur yang panjang seperti jarum dipanggil ovipositor.

Cengkerik popular sebagai sumber makanan hidup kepada haiwan peliharaan karnivor seperti katak, cicak, kura-kura, salamander, dan labah-labah.

lisans
cc-by-sa-3.0
telif hakkı
Pengarang dan editor Wikipedia
orijinal
kaynağı ziyaret et
ortak site
wikipedia MS

Cengkerik: Brief Summary ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı
 src= Cengkerik padang AfrikaGryllus bimaculatus