dcsimg

Mulberi ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı

 src=
Buah Mulberi di Libya.
 src=
Kepelbagaian buah Mulberi yang sudah masak ranum.
 src=
Mulberi panjang
 src=
Kuntum bunga pokok Mulberi yang masih kuncup.
 src=
Bunga betina dengan kepelbagaian variasi.
 src=
Bunga Mulberi Hitam yang menunjukkan tanda-tanda keaktifan dengan reseptornya.

Mulberi (juga disebut kertau) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras.

Spesies

Bidang ilmu taksonomi Morus sebenarnya sangat kompleks dan sukar untuk dirungkai. Sebenarnya terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga Morus Mulberi sahaja didalam dunia ini yang telah dinamai. Namun kebanyakan daripada spesies yang tersenarai masih diperdebatkan sehingga ke hari ini.

Berikut adalah spesies-spesies Morus Mulberi yang diterima umum setakat ini:

Berikut adalah genus Morus Mulberi yang hidup disemua wilayah timur dan selatan Asia, dengan tambahan perakuan satu atau lebih kajian taksonomi; sinonimi, negara-negara yang membuat pengakuan dan kajian tersenarai dalam kotak braket:

  • Morus atropurpurea
  • Morus bombycis [M. australis]
  • Morus cathayana
  • Morus indica [M. alba]
  • Morus japonica [M. alba]
  • Morus kagayamae [M. australis]
  • Morus laevigata [M. alba var. laevigata; M. macroura]
  • Morus latifolia [M. alba]
  • Morus liboensis
  • Morus macroura [M. alba var. laevigata]
  • Morus mongolica [M. alba var. mongolica]
  • Morus multicaulis [M. alba]
  • Morus notabilis
  • Morus rotundiloba
  • Morus serrata [M. alba var. serrata], Mulberi Himalaya
  • Morus tillaefolia
  • Morus trilobata [M. australis var. trilobata]
  • Morus wittiorum

Rujukan dan pautan luar

lisans
cc-by-sa-3.0
telif hakkı
Pengarang dan editor Wikipedia
orijinal
kaynağı ziyaret et
ortak site
wikipedia MS

Mulberi: Brief Summary ( Malayca )