Kijang (bahasa Inggeris: Common Barking Deer) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Muntiacus muntjac.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Kijang, atau juga dikenali sebagai Kijang India (Muntiacus muntjak) adalah spesies kijang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).
Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanine atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.
Terdapat 15 subspesies:
Kijang boleh didapati di Malaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.
Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Kijang terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Kijang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.