Kuinoa Pengelasan saintifik Alam: Plantae (tanpa pangkat): Angiosperma (tanpa pangkat): Eudikot (tanpa pangkat): Eudikot teras Order: Caryophyllales Keluarga: Amaranthaceae Subkeluarga: Chenopodioideae Genus: Chenopodium Spesies: C. quinoa Nama binomial Chenopodium quinoa
Kuinoa atau kinoa (Bahasa Inggeris: quinoa, dari Bahasa Quechua kinwa atau kinuwa)[2] adalah nama biasa untuk Chenopodium quinoa, sejenis tanaman berbunga di dalam keluarga bayam iaitu Amaranthaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan semusim yang diusahakan untuk dimakan biji benihnya sebagai bijirin. Tumbuhan ini tidak mempunyai sifat yang sama seperti rumput, oleh itu ia bukanlah jenis bijirin yang sebenar (pseudocereal). Kuinoa berkait rapat dengan tumbuhan-tumbuhan lain yang boleh dimakan seperti ubi bit, bayam, dan amaranth (Amaranthus spp.).
Setelah penuaian, biji-biji yang dikumpulkan diproses untuk membuang lapisan luar yang mengandungi saponin, sejenis kimia pahit. Bijirin yang terhasil ini boleh dimasak dengan cara yang sama seperti beras dan ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Daun kuinoa kadangkalanya juga boleh dimakan sebagai daun sayur-sayuran seperti bayam, namun ia sukar didapati.
Kandungan khasiat bijirinnya yang telah dimasak adalah setanding dengan bijirin-bijirin lain seperti gandum dan nasi di mana ia dapat membekalkan jumlah serat dan mineral yang sederhana. Oleh sebab kepentingan inilah Pertubuhan Makanan dan Pertanian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2013 sebagai "Tahun Kuinoa Sedunia".[3]
Kuinoa berasal dari kawasan pergunungan Andes yang meliputi negara Peru, Bolivia, Ekuador, Colombia dan Chile[4]. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa tumbuhan ini pertama kali digunakan sebagai bahan makanan untuk penggembalaan pada 5,200 hingga 7,000 tahun yang lalu. Ia kemudiannya telah dijinakkan untuk kegunaan manusia sejak 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu di lembangan Tasik Titicaca sekitar Peru dan Bolivia[5].
Chenopodium quinoa adalah tumbuhan dikot tahunan dengan ketinggian sepanjang 1–2 m (3 ka 3 in–6 ka 7 in) yang tinggi. Daunnya lebar, berserbuk, berbulu, berlobus serta diatur secara berselang-seli. Batang tengahnya yang berkayu bercabang atau tidak bercabang bergantung pada jenis dan berwarna sama ada hijau, merah atau ungu. Bulirnya yang berbunga terletak pada hujung tumubuhan atau di celah daun sepanjang batang.
Buahnya berukuran sekitar 2 mm (0.08 in) diameter dan ia muncul dalam pelbagai warna—dari putih merah atau hitam, bergantung pada kultivar tumbuhan tersebut.[6]
Chenopodium quinoa dipercayai telah dijinakkan di kawasan Pergunungan Andes di Peru daripada populasi spesies kuinoa liar.[7] Terdapat juga kuinoa liar (Chenopodium quinoa be. melanospermum) yang tumbuh di kawasan penanamannya, sama ada ia berkait rapat dengan tumbuhan asalnya mahupun ia berasal daripada keturunan spesies yang dijinakkan.[8]
Pertumbuhan kuinoa boleh berubah-ubah mengikut subspesies, jenis dan habitat asalnya. Walau bagaimanapun, penanamannya tidak sukar yang ia mempunyai ketahanan yang tinggi - kuinoa biasanya ditanam di kawasan yang berketinggian 4,000 m (13,000 ka) dari aras laut di pergunungan Andes berdekatan kawasan Khatulistiwa, dengan kebanyakan kultivarnya ditanam di dalam kawasan setinggi antara 2,500 m (8,200 ka) dan 4,000 m (13,000 ka) dari paras laut. Kuinoa boleh membesar dengan optimalnya dalam iklim-iklim yang sejuk dalam suhu di antara −4 °C (25 °F) sepanjang malam kepada hampir 35 °C (95 °F) di siang hari. Ada sesetengah jenis kuinoa yang boleh tahan
suhu-suhu rendah tanpa sebarang kerosakan.
Quinoa tumbuh dengan suburnya di tanah berpasir yang mempunyai saliran baik dengan kandungan nutrien yang rendah, kadar garam yang sederhana serta pH tanah dalam lingkungan 6 hingga 8.5.[petikan diperlukan]
Bijirin kuinoa secara tradisionalnya akan dituai dengan tangan. Penuaian secara mesin jarang dilakukan kerana tempoh kematangan kebanyakan jenis kultivar kuinoa amatlah berbeza-beza. Penuaian kuinoa harus tepat pada masanya untuk mengelakkan kehilangan biji-biji yang banyak; bulir-bulir pada sesebuah tumbuhan kuinoa itu boleh matang pada waktu yang berbeza. Hasil tanaman di kawasan Andes (sekitar 3 t/ha sehingga 5 t/ha) boleh menandingi hasil tuaian gandum setanding untuk hasil gandum. Penanaman kuinoa di Amerika Syarikat lebih menggunakan jenis-jenis tumbuhan yang tertentu agar ia mencapai kematangan yang seragam, dan hasil penanaman tersebuat dituai menggunakan jentuai yang kecil.
Tanaman kuinoa dibiarkan sehingga batang dan benihnya telah mengering dan biji-bijinya telah mencapai kandungan air di bawah 10%.
Pengeluaran Kuinoa Sedunia (dalam ribu tan metrik) Negara 1961 1970 1980 1990 2000 2010 2014 Peru 22.5 7.3 16.3 6.3 28.2 41.1 114.3 Bolivia 9.2 9.7 8.9 16.1 23.8 36.1 77.4 Ecuador 0.7 0.7 0.5 0.7 0.7 0.9 0.8 Jumlah 32.4 17.7 25.8 23.0 52.6 78.1 192.5 Eksport harga[9] USD/kg $0.080 $0.492 $0.854 $1.254 $3.029 Sumber: Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) [10]Kinoa merupakan sumber makanan penting di peradaban Andes sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah Eropah.[11] Kuinoa juga disebut dengan makanan super[12] dengan kadar protein yang tinggi (14% per asas jisim) namun tidak sebanyak kandungan dalam kekacang dan legum. Kadar proteinnya lebih tinggi jika dibandingkandengan makanan ruji lain seperti kentang, barli, dan sekoi, namun ia lebih rendah dari bijirin oat.[13] Jenis-jenis protein yang terkandung dapat dikategorikan sebagai protein lengkap.[14][15][16] Kiunoa juga merupakan sumber serat makanan, kalsium dan fosforus serta tinggi magnesium dan besi.[17] Kinoa tidak mengandung gluten lalu ia mudah dicerna. Ciri-ciri nutrisi inilah yang menjadikan NASA mempertimbangkan tanaman ini untuk ditanam dalam penerbangan angkasa berpandu jangka panjang.[18]
Kuinoa yang telah dibersihkan kandungan saponinnya dapat dikecambahkan seperti tauge.[19] Perkecambahan ini mengaktifkan enzim dan menggandakan kadar vitamin yang terkandung di dalamnya.[20] Ia juga memiliki suatu tempoh percambahan yang singkat.[21]
Kuinoa atau kinoa (Bahasa Inggeris: quinoa, dari Bahasa Quechua kinwa atau kinuwa) adalah nama biasa untuk Chenopodium quinoa, sejenis tanaman berbunga di dalam keluarga bayam iaitu Amaranthaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan semusim yang diusahakan untuk dimakan biji benihnya sebagai bijirin. Tumbuhan ini tidak mempunyai sifat yang sama seperti rumput, oleh itu ia bukanlah jenis bijirin yang sebenar (pseudocereal). Kuinoa berkait rapat dengan tumbuhan-tumbuhan lain yang boleh dimakan seperti ubi bit, bayam, dan amaranth (Amaranthus spp.).
Setelah penuaian, biji-biji yang dikumpulkan diproses untuk membuang lapisan luar yang mengandungi saponin, sejenis kimia pahit. Bijirin yang terhasil ini boleh dimasak dengan cara yang sama seperti beras dan ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Daun kuinoa kadangkalanya juga boleh dimakan sebagai daun sayur-sayuran seperti bayam, namun ia sukar didapati.
Kandungan khasiat bijirinnya yang telah dimasak adalah setanding dengan bijirin-bijirin lain seperti gandum dan nasi di mana ia dapat membekalkan jumlah serat dan mineral yang sederhana. Oleh sebab kepentingan inilah Pertubuhan Makanan dan Pertanian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2013 sebagai "Tahun Kuinoa Sedunia".
Kuinoa berasal dari kawasan pergunungan Andes yang meliputi negara Peru, Bolivia, Ekuador, Colombia dan Chile. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa tumbuhan ini pertama kali digunakan sebagai bahan makanan untuk penggembalaan pada 5,200 hingga 7,000 tahun yang lalu. Ia kemudiannya telah dijinakkan untuk kegunaan manusia sejak 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu di lembangan Tasik Titicaca sekitar Peru dan Bolivia.