Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kumbang daun
Kumbang daun adalah sejenis kumbang dalam keluarga Chrysomelidae. Keluarga kumbang ini mempunyai lebih daripada 35,000 spesies dalam lebih daripada 2,500 genus, salah satu daripada keluarga kumbang terbesar dan paling biasa dijumpai.
Kumbang daun biasanya dikenali dengan formula tarsusnya, iaitu kelihatan seperti 4-4-4, tapi sebenarnya ialah 5-5-5.[2] Ia dibezakan dengan kesukaran daripada kumbang sesungut panjang (keluarga Cerambycidae) dengan sesungutnya tidak timbul dari tuberkel hadapan. Kumbang daun dewasa dan larvanya makan semua jenis tisu tumbuhan. Kebanyakannya menjadi serangga perosak kepada pertanian ekonomi yang penting, contohnya kumbang kentang Colorado (Leptinotarsa decemlineata), kumbang asparagus (Crioceris asparagi), kumbang daun bijirin (Oulema melanopus), dan pelbagai kumbang pinjal.
Satu daripada subfamili sekarang (Bruchinae), sehingga baru-baru ini, dianggap famili berasingan, sementara dua bekas subfamili sekarang ini dianggap famili (Orsodacnidae dan Megalopodidae). Subfamili lain yang biasanya dikenali, baru-baru ini telah dikelaskan dengan subfamili lain, biasanya mengurangkannya kepada pangkat puak (e.g., dahulunya Cassidinae, Alticinae, Chlamisinae, dan Clytrinae).
Kumbang kentang Colorado Leptinotarsa decemlineata
Timarcha sp.
Kumbang asparagus biasa Crioceris asparagi
Kumbang daripada subfamili Hispinae
Kumbang daun dogbane Chrysochus auratus
Kumbang tamarisk utara Diorhabda carinulata
on the UF / IFAS Featured Creatures Web site
Kumbang daun adalah sejenis kumbang dalam keluarga Chrysomelidae. Keluarga kumbang ini mempunyai lebih daripada 35,000 spesies dalam lebih daripada 2,500 genus, salah satu daripada keluarga kumbang terbesar dan paling biasa dijumpai.
Kumbang daun biasanya dikenali dengan formula tarsusnya, iaitu kelihatan seperti 4-4-4, tapi sebenarnya ialah 5-5-5. Ia dibezakan dengan kesukaran daripada kumbang sesungut panjang (keluarga Cerambycidae) dengan sesungutnya tidak timbul dari tuberkel hadapan. Kumbang daun dewasa dan larvanya makan semua jenis tisu tumbuhan. Kebanyakannya menjadi serangga perosak kepada pertanian ekonomi yang penting, contohnya kumbang kentang Colorado (Leptinotarsa decemlineata), kumbang asparagus (Crioceris asparagi), kumbang daun bijirin (Oulema melanopus), dan pelbagai kumbang pinjal.