Pieridae merupakan sebuah famili kupu-kupu yang terdiri daripada 76 genus yang menaungi kira-kira 1,100 spesies, kebanyakannya dari kawasan tropika Afrika dan Asia.[1] Kebanyakan kupu-kupu Pieridae berwarna keputihan, kekuningan atau kejinggaan, dan juga lazimnya bertompok hitam. Pigmen yang memberikan pewarnaan yang tersendiri kepada kupu-kupu ini terhasil dari sisa-sisa dalam tubuh dan merupakan satu ciri istimewa keluarga ini.[2]
Jantina Pieridae lazimnya boleh dibezakan dengan memerhatikan corak atau bilangan tompok hitam.
Bagi sesetengah spesies seperti Pieris brassicae and Pieris rapae, larva (beluncas) sering kelihatan dalam kebun bunga, memakan brasika, dan merupakan haiwan perosak bagi pertanian.
Yang jantan bagi kebanyakan memperlihatkan sikap gemar bermain lumpur apabila sebenarnya ia menyerap garam dari tanah lembap.[1]
Pieridae merupakan sebuah famili kupu-kupu yang terdiri daripada 76 genus yang menaungi kira-kira 1,100 spesies, kebanyakannya dari kawasan tropika Afrika dan Asia. Kebanyakan kupu-kupu Pieridae berwarna keputihan, kekuningan atau kejinggaan, dan juga lazimnya bertompok hitam. Pigmen yang memberikan pewarnaan yang tersendiri kepada kupu-kupu ini terhasil dari sisa-sisa dalam tubuh dan merupakan satu ciri istimewa keluarga ini.
Jantina Pieridae lazimnya boleh dibezakan dengan memerhatikan corak atau bilangan tompok hitam.
Bagi sesetengah spesies seperti Pieris brassicae and Pieris rapae, larva (beluncas) sering kelihatan dalam kebun bunga, memakan brasika, dan merupakan haiwan perosak bagi pertanian.
Yang jantan bagi kebanyakan memperlihatkan sikap gemar bermain lumpur apabila sebenarnya ia menyerap garam dari tanah lembap.