dcsimg

Malvales ( Malay )

provided by wikipedia MS
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Dumort, 1829

Malvales ialah nama untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga. Sebagaimana yang ditakrif oleh sistem APG II, susunan ini terdiri daripada kira-kira 6,000 spesies dalam sembilan famili. Susunan ini dimasukkan dalam eurosid II yang merupakan sebahagian eudikot.

Famili (sistem APG)

Kebanyakan daripada tumbuhan-tumbuhan Malvales terdiri daripada pokok dan pokok renek; kebanyakan familinya juga mempunyai taburan kosmopolitan di kawasan-kawasan tropika dan subtropika, dengan sedikitnya di kawasan-kawasan iklim sederhana. Taburan yang menarik terjadi di Madagascar yang mempunyai tiga famili asli Malvales (Sphaerosepalaceae, Sarcolaenaceae dan Diegodendraceae).

Morfologi Malvales amat berbeza, dan tidak terdapatnya banyak ciri-ciri yang sama. Ciri-ciri yang paling biasa ialah daun-daun palma, sepal tergabung, serta struktur dan komposisi kimia yang khusus untuk biji-bijinya. Korteksnya sering berserabut dan terdiri daripada lapisan floem yang lembut.

Susunan
Magnoliopsida
Apiales Asterales Brassicales Cucurbitales Ericales Fabales Gentianales Lamiales Laurales Magnoliales Malpighiales Malvales Myrtales Rosales Sapindales Solanales Urticales

Sempadan famili dan pembatasan Malvaceae, Bombacaceae, Tiliaceae, dan Sterculiaceae (yang merupakan famili-famili "Malvales teras") telah lama menimbulkan masalah. Perhubungan yang rapat antara famili-famili ini, khususnya antara Malvaceae dan Bombacaceae, secara amnya telah lama diketahui, walaupun sehingga baru-baru ini, kebanyakan sistem pengelasan mengekalkan famili-famili itu sebagai famili yang berasingan. Dengan banyak filogeni molekul yang menunjukkan bahawa Sterculiaceae, Bombacaceae, dan Tiliaceae (sebagaimana yang ditakrif) adalah parafili ataupun polifili, sepersetujuan sedang muncul untuk mengembangkan Malvaceae supaya merangkumi ketiga-tiga famili ini. Sempadan Malvaceae yang lebih besar itu telah diiktirafkan oleh:

Famili yang utama dalam sistem APG II ialah Malvaceae lanjutan (Malvaceae sensu lato) yang mempunyai 4,000 spesies, diikuti oleh Thymelaeaceae dengan 750 spesies. Sempadan Malvaceae yang dibesarkan merangkumi famili-famili Bombacaceae, Sterculiaceae dan Tiliaceae. Di bawah sistem Cronquist yang lebih lama, susunan ini mengandungi empat famili "Malvales teras" serta Elaeocarpaceae dan diletakkan bersama-sama dengan Dilleniidae. Sebilangan daripada famili-famili sekarang telah dimasukkan dalam Violales oleh Cronquist.

Banyak spesies Malvaceae s.l. dikenali untuk kayunya, dengan Ochroma (balsam) dikenali kerana keringanannya, dan Tilia (linden) sebagai sejenis kayu yang popular untuk pengukiran. Pokok koko (Theobroma cacao) ialah ramuan untuk coklat. Pokok Buah Kola (genus Kola) dikenali untuk kandungan kafeina yang banyak dan pada masa dahulu, digunakan untuk menyediakan pelbagai minuman kola. Ahli-ahli Malvales lain yang masyhur dalam sistem APG II termasuk daphne, bunga raya, holihok, okra, baobab, kapas, dan kapuk.

Rujukan

  • Alverson, W. S., K. G. Karol, D. A. Baum, M. W. Chase, S. M. Swensen, R. McCourt, and K. J. Sytsma (1998). Pembatasan Mavales dan perhubungan-perhubungan dengan Rosidae lain: Bukti-bukti daripada data jujukan rbcL (Circumscription of the Malvales and relationships to other Rosidae: Evidence from rbcL sequence data). American Journal of Botany 85, 876-887. (Boleh didapati dalam talian: Abstrak)
  • Bayer, C. and K. Kubitzki. 2003. Malvaceae, m.s. 225-311. Dalam K. Kubitzki (ed.), Famili-famili dan Genus-genus Tumbuhan Vaskular (The Families and Genera of Vascular Plants), jilid 5, Malvales, Capparales dan Caryophyllales bukan betalain.
  • Edlin, H. L. 1935. Semakan kritis untuk kumpulan-kumpulan taksonomi Malvales yang tertentu (A critical revision of certain taxonomic groups of the Malvales). New Phytologist 34: 1-20, 122-143.
  • Judd, W.S., C. S. Campbell, E. A. Kellogg, P. F. Stevens, M. J. Donoghue (2002). Sistematik tumbuhan: Pendekatan Filogeni (Plant Systematics: A Phylogenetic Approach), edisi ke-2. m.s. 405-410 (Malvales). Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. ISBN 0878934030.
  • Kubitzki, K. and M. W. Chase. 2003. Pengenalan Malvales (Introduction to Malvales), m.s. 12- 16. Dalam K. Kubitzki (ed.), Famili-famili dan Genus-genus Tumbuhan Vaskular (The Families and Genera of Vascular Plants), jilid 5, Malvales, Capparales dan Caryophyllales bukan betalain.
  • B. C. J. du Mortier (1829). Analyse des Familles de Plantes, avec l'indication des principaux genres qui s'y rattachent, m.s. 43. Imprimerie de J. Casterman, Tournay.
  • L. Watson and M.J. Dallwitz (sejak 1992). Famili-famili tumbuhan berbunga: pemerian, ilustrasi, pengenalpastian, mendapat kembali maklumat. (The families of flowering plants: descriptions, illustrations, identification, information retrieval. http://delta-intkey.com
  • B. A. Whitlock (October 2001). Malvales (Mallow). Dalam: Ensiklopedia Semula Jadi untuk Sains Hayat (''Nature Encyclopedia of Life Sciences). Nature Publishing Group, London. (Boleh didapati dalam talian: DOI | tapak web ELS)
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Malvales: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Sempadan famili dan pembatasan Malvaceae, Bombacaceae, Tiliaceae, dan Sterculiaceae (yang merupakan famili-famili "Malvales teras") telah lama menimbulkan masalah. Perhubungan yang rapat antara famili-famili ini, khususnya antara Malvaceae dan Bombacaceae, secara amnya telah lama diketahui, walaupun sehingga baru-baru ini, kebanyakan sistem pengelasan mengekalkan famili-famili itu sebagai famili yang berasingan. Dengan banyak filogeni molekul yang menunjukkan bahawa Sterculiaceae, Bombacaceae, dan Tiliaceae (sebagaimana yang ditakrif) adalah parafili ataupun polifili, sepersetujuan sedang muncul untuk mengembangkan Malvaceae supaya merangkumi ketiga-tiga famili ini. Sempadan Malvaceae yang lebih besar itu telah diiktirafkan oleh:

versi sistem Thorne yang terkini; Kumpulan Filogeni Angiosperma; dan sistem Kubitzki terkini yang merupakan pengolahan famili-famili dan genus-genus tumbuhan vaskular yang menyeluruh.