dcsimg

Oriks ( Malay )

provided by wikipedia MS
Bagi helikopter, lihat Atlas Oryx.

Oryx merupakan salah satu dari tiga atau empat spesies antelop besar dalam genus Oryx, biasanya memiliki tanduk yang menegak atau condong ke belakang. Dua atau tiga spesies ini merupakan tempatan kepada Afrika, dengan yang keempat merupakan haiwan asal Semenanjung Arab. Sejumlah kecil populasi beberapa spesies oryx, seperti "Scimitar Oryx", wujud di Texas dan New Mexico, Amerika Syarikat sebagai populasi dalam kurungan di ladang haiwan liar.

Spesies

Oryx Arab (Oryx leucoryx), merupakan spesies terkecil, menjadi pupus secara liar pada 1972 dari Semenanjung Arab. Ia diperkenalkan semula pada 1982 di Oman tetapi pemburuan haram mempunyai kesan negetif. Populasi selanjutnya telah diperkenalkan di Qatar, Bahrain, Israel dan Arab Saudi, dengan jumlah populasi liar sekitar 886 pada tahun 2003 [1]. Sekitar 600 lagi ada dalam tahanan.

Oryx Scimitar, juga dikenali sebagai Oryx tanduk Scimitar (Oryx dammah) dari Afrika Utara kini kemungkinannya pupus secara liar. Bagaimanapun, terdapat laporan yang tidak disahkan tentang populasi yang masih hidup di tengah Niger dan Chad, dan populasi yang kini hidup di taman simpan semulajadi berpagar di Tunisia kini ditingkatkan bagi dibebaskan secara liar dinegara tersebut[2].

Oryx Afrika Timur yang terdapat di Afrika Timur, dan Gemsbok yang berkait rapat terdapat di keseluruhan timur dan selatan Afrika. Kedua-duanya dianggap spesies terancam. Antara 1969 dan 1977, New Mexico Department of Game and Fish membebaskan 93 Gemsbok di Tapak Peluru Berpandu White Sands di New Mexico dan populasi itu kini dianggarkan sekitar 1,700 ekor [3]. Pengkelasan antara kedua haiwan ini berbeza antara pakar. Satu sistem meletakkan Gemsbok sebagai satu spesies (Oryx gazella), dan Oryx Afrika Timur sebagai (Oryx beisa) dengan dua subspesies tersendiri, Oryx Timur Afrika "sebenar" (Oryx beisa beisa) dan Fringe-eared oryx (Oryx beisa calliotis). Satu lagi sistem meletakkan spesies Oryx gazella, dengan tiga subspesies: Oryx gazella gazella, Oryx gazella beisa, dan Oryx gazella calliotis.

Ekologi

Kesemua spesies oryx cenderung tinggal di kawasan hampir gurun dan mampu hidup tanpa air untuk tempoh masa yang lama. Ia hidup berkelompok sehingga 600 ekor haiwan. Bayi baru lahir mampu berlari dengan kawasan sejurus selepas dilahirkan. Kedua jantina memiliki tanduk kekal. Tanduknya runcing, dan lurus kecuali bagi scimitar oryx, di mana ia condong kebelakang seperti scimitar. Tanduknya mampu membunuh dan oryx diketahui membunuh singa dengannya—dan oryx kadang kala dikenali sebagai antelope sabre. Tanduknya menjadikannya sebagai tropi berharga, yang mendorong kepada hampir pupusnya dua spesies utara.

 src=
Oryx Afrika

Dalam budaya

Oryx memiliko profil tanduk sekata, terutamanya jika dilihat pada pandangan sisi, kelihatannya seperti memiliki tanduk tunggal, yang mendorong kepada jangkaan bahawa ia mungkin merupakan sumber mitos Unicorn.

Mata Oryx dianggap cantik oleh orang Arab di Arabia dan biasanya digunakan bagi menggambarkan keindahan mata wanita.

Pengelasan

Pautan luar

 src=
Oryx
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Oriks: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
Bagi helikopter, lihat Atlas Oryx.

Oryx merupakan salah satu dari tiga atau empat spesies antelop besar dalam genus Oryx, biasanya memiliki tanduk yang menegak atau condong ke belakang. Dua atau tiga spesies ini merupakan tempatan kepada Afrika, dengan yang keempat merupakan haiwan asal Semenanjung Arab. Sejumlah kecil populasi beberapa spesies oryx, seperti "Scimitar Oryx", wujud di Texas dan New Mexico, Amerika Syarikat sebagai populasi dalam kurungan di ladang haiwan liar.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS