dcsimg

Burung Belatuk ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Burung belatuk (juga pelatuk)[1] ialah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Burung ini daripada subfamili Picinae, famili Picidae. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 25 jenis belatuk (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976).

Ciri-ciri

Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulang-ulang kali seperti tembakan mesingan (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Daripada tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya (daripada imbuhan sisipan dalam perkataan patuk).[2] Namanya dalam bahasa Inggeris (woodpecker) pun memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.

Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).

Makanan

Makanan utama belatuk ialah ulat dan serangga, yang diperolehinya dengan mematuk dahan dan batang kayu dengan paruhnya yang keras bak pahat.

Pembiakan

Burung belatuk membiak dengan bertelur di dalam lubang batang pokok. Telur belatuk bercangkerang keras.

Spesies

Rujukan

  1. ^ "Carian Umum - pelatuk". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 30 November 2017.
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*pa(n)tuk₂ to knock, strike against". Austronesian Comparative Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 30 November 2017.

Bacaan

Madoc, G.C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.

Tweedie, M.W.F. (1960). Common Malayan Birds (1 ed). (1970) Common Birds of the Malay Peninsula (2 ed.) Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.

Pautan luar


Senarai burung Burung merpati A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS

Burung Belatuk: Brief Summary ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Burung belatuk (juga pelatuk) ialah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Burung ini daripada subfamili Picinae, famili Picidae. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 25 jenis belatuk (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976).

許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS