dcsimg
Imagem de Xanthostemon chrysanthus (F. Müll.) Benth.
Life » » Archaeplastida » » Angiosperms » » Myrtaceae »

Xanthostemon chrysanthus (F. Müll.) Benth.

Xanthostemon chrysanthus ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Xanthostemon chrysanthus, biasanya disebut Golden Penda atau Penda Emas, adalah tumbuhan berbunga dalam keluarga Myrtaceae. Merupakan spesies Endemik di Utara Queensland, ia merupakan salah satu pohon pilihan di kebun bunga kawasan perumahan kerana bunganya yang banyak dan berwarna kuning segar.

Penda Emas pertama kali dikaji secara serius pada tahun 1864 oleh Ahli Botani Victoria iaitu Ferdinand von Mueller sebagai Metrosideros chrysantha,[1] selepas sampel pohon diambil oleh John Dallachy pada 12 April 1864 dari Teluk Rockingham di Utara Queensland.[2] Ia diklasifikasikan kembali dalam genus Xanthostemon oleh George Bentham dalam jilid ketiga karyanya Flora Australiensis dalam tahun 1867.[3] Nama spesies berasal dari perkataan Greek Purba iaitu chrysos "emas", dan "anthos" "bunga".[4]

Anatomi tumbuhan

Tumbuhan berbunga ini boleh tumbuh diantara 10-15 m (35–50 kaki) tinggi dan 5–8 m (15–25 kaki) dan mudah hidup melata secara liar, namun ianya selalu ditanam di kawasan perumahan. Kulit pokok berstruktur kasar dan dedaun yang rimbun, daunnya berwarna hijau elliptik berukuran 7–22 cm panjang pada 2–9.5 cm lebar. Pucuknya disusun secara berpusar. Kepala bunga atau putik bunga, tumbuh secara awal dalam kedudukan terminal atau axillary yang boleh berkembang hingga 15 cm (6 inci) dalam diameter. Putik bunga boleh menjadikan satu-satu bunga kuning keemasannya menjadi lebih kecil sehingga (1–2 cm diameter).

Pembungaan bermula dari kapsul kayu kecil berwarna hijau atau coklat berukuran (1-1,5 cm) yang mengembang antara bulan Ogos dan February setiap tahun. Tetapi menariknya bunganya dapat bertahan bila-bila masa dalam setahun dalam erti kata lain boleh tahan sehingga setahun sebelum gugur.[4]

Populasi

Populasi pohon Penda Emas banyak ditemui dari Cardwell hingga ke utara Teluk York di hujung Utara Queensland. Ia tumbuh dalam hutan terbuka atau hutan hujan, bersebelahan denai dan sungai.[2]

Penda Emas mudah ditanam melalui biji benih atau potongan / keratan batang. Ia boleh tumbuh dalam taman beriklim subtropika dengan saliran air yang memuaskan dan faktor cahaya matahari.[4] Spesies ini kurang berbunga dalam iklim seperti di Sydney dan sejuk.[5]

 src=
Bunga X. chrysanthus

Rujukan

  1. ^ Templat:APNI
  2. ^ a b "Xanthostemon chrysanthus". Australian Tropical Rainforest Plants. CSIRO. 2010. Dicapai 13 May 2011.
  3. ^ Templat:APNI
  4. ^ a b c Eliot Rodger W.; Jones, David L.; Blake, Trevor (2010). Encyclopaedia of Australian Plants Suitable for Cultivation: Volume 9 – Sp-Z. Port Melbourne: Lothian Press. m/s. 498. ISBN 0-7344-0974-4 Check |isbn= value: checksum (bantuan).Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  5. ^ Walters, Brian (2007). "Xanthostemon chrysanthus". ANPSA website. Australian Native Plants Society (Australia)]]. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= memerlukan |url= (bantuan)
licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS

Xanthostemon chrysanthus: Brief Summary ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Xanthostemon chrysanthus, biasanya disebut Golden Penda atau Penda Emas, adalah tumbuhan berbunga dalam keluarga Myrtaceae. Merupakan spesies Endemik di Utara Queensland, ia merupakan salah satu pohon pilihan di kebun bunga kawasan perumahan kerana bunganya yang banyak dan berwarna kuning segar.

Penda Emas pertama kali dikaji secara serius pada tahun 1864 oleh Ahli Botani Victoria iaitu Ferdinand von Mueller sebagai Metrosideros chrysantha, selepas sampel pohon diambil oleh John Dallachy pada 12 April 1864 dari Teluk Rockingham di Utara Queensland. Ia diklasifikasikan kembali dalam genus Xanthostemon oleh George Bentham dalam jilid ketiga karyanya Flora Australiensis dalam tahun 1867. Nama spesies berasal dari perkataan Greek Purba iaitu chrysos "emas", dan "anthos" "bunga".

licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS