Makaw biru-dan-kuning (Ara ararauna), juga dikenali sebagai Makaw biru-dan-emas, adalah satu anggota dalam kumpulan besar parrot Neotropika yang dikenali sebagai makaw. Ia membiak di dalam hutan (walaupun tertumpu di hutan paya air tawar, ia juga membiak di kawasan terbuka di Terra Firme) dan hutan tropika di Amerika Selatan bermula di Trinidad dan Venezuela dan selatan ke Peru, Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Taburan populasinya juga menjangkau sedikit ke Amerika Tengah, iaitu di Panama. Makaw ini merupakan spesies terancam di Trinidad, dan hampir-hampir pupus dari Paraguay, tetapi masih biasa ditemui dan didapati di sebahagian besar Amerika Selatan. Terdapat juga populasi yang membiak di Kaunti Miami-Dade, Amerika Syarikat.[1] Oleh itu, ia disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang oleh BirdLife International.
Makaw ini boleh membesar sehingga 76 hingga 86 cm (30 hingga 34 in) panjang dan seberat 2.7kg hingga 3.9kg(2.9 to 8.5 paun). Warnanya terang dengan warna biru di sayap dan ekor, pipi berwarna biru tua, berwarna emas di bahagian bawah badan, dan berdahi hijau. Paruhnya berwarna hitam, dan sangat kuat untuk memecahkan kekacang. Mukanya yang berwarna putih akan bertukar menjadi merah jambu apabila teruja, dengan garis-garis bulu berwarna hitam.
Terdapat sedikit perbezaan warna pada bulu pada burung yang berasal dari kawasan berlainan. Beberapa makaw ini memiliki warna oren yang lebih banyak terutamanya di bahagian dada. Ini boleh dilihat pada makaw yang berasal dari Trinidad dan kawasan Caribbean lain, dan berkemungkina atas faktor alam sekitar.[petikan diperlukan] Makaw biru-dan-kuning menggunakan paruh kuatnya untuk memecahkan kulit kekacang dan juga digunakan untuk memancat atau bergantung di pokok.
Secara umumnya makaw biru-dan-kuning berpasangan seumur hidup. Ia bertelur di dalam lubang pokok dan burung betina akan menelurkan dua hingga tiga biji telur. Burung betina akan mengeram telur kira-kira 28 hari dan anak burung akan meninggalkan sarang kira-kira 90 hari selepas menetas.[2]
Makaw biru-dan-kuning (Ara ararauna), juga dikenali sebagai Makaw biru-dan-emas, adalah satu anggota dalam kumpulan besar parrot Neotropika yang dikenali sebagai makaw. Ia membiak di dalam hutan (walaupun tertumpu di hutan paya air tawar, ia juga membiak di kawasan terbuka di Terra Firme) dan hutan tropika di Amerika Selatan bermula di Trinidad dan Venezuela dan selatan ke Peru, Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Taburan populasinya juga menjangkau sedikit ke Amerika Tengah, iaitu di Panama. Makaw ini merupakan spesies terancam di Trinidad, dan hampir-hampir pupus dari Paraguay, tetapi masih biasa ditemui dan didapati di sebahagian besar Amerika Selatan. Terdapat juga populasi yang membiak di Kaunti Miami-Dade, Amerika Syarikat. Oleh itu, ia disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang oleh BirdLife International.