dcsimg
Imagem de Shimeji-preto
Life » » Fungi » » Basidiomycota » » Pleurotaceae »

Shimeji Preto

Pleurotus ostreatus (Jacq.) P. Kumm. 1871

Cendawan tiram ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Pleurotus ostreatus
Ciri-ciri mikologi:
Gills icon.png
Himenium berinsang
No cap icon.svg
Tiada pileus
Bare stipe icon.png
Tangkai terdedah
White spore print icon.png
Cetakan spora berwarna putih
Saprotrophic ecology icon.png
Ekologi: Saprofit
Choice toxicity icon.png
Status sebagai makanan: Pilihan

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Nama

Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.

Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.

Habitat

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

Maklumat tambahan

Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.

Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.

Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Perusahaan cendawan tiram di Malaysia

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Cendawan tiram.

Perusahaan cendawan di malaysia mula mendapat tempat di mata-mata anak muda untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan. apa taknya, dengan hanya menggunakan bahan2 terpakai seperti habuk kayu getah, boleh menjana ribuan ringgit setiap bulan.

Kursus cendawan tiram kebanyakannya dianjur oleh jabatan pertanian negeri. namun ramai juga syarikat2 swasta mula menganjurkan kursus tanaman cendawan ini.

Tidak dinafikan bila ingin mengusahakan projek tanaman cendawan ini secara komersial, usahawan memerlukan mesin untuk memudahkan kerja-kerja di farm. Di Malaysia terdapat satu syarikat yang membekalkan lebih dari 30 jenis mesin cendawan pelbagai saiz dan bentuk sesuai untuk semua lapisan penanam, samada baru bermula atau lama.

Syarikat BIMBO TRADING yang mempunyai cawangannya hampir di setiap negeri di Malaysia merupakan syarikat pembekal mesin cendawan no 1 di Malaysia.

Disamping adanya jaminan pada mesin yang dibekalkan BIMBO TRADING juga menyediakan tunjuk ajar percuma cara pengendalian mesin semasa penghantaran ke ladang cendawan masing-masing.

Untuk makumat lanjut perihal mesin cendawan boleh lah layari : http://www.mesincendawan.com atau http://facebook.com/mesincendawan

Pautan lain

licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS