dcsimg
Plancia ëd Cuora amboinensis (Daudin 1802)
Life » » Metazoa » » Vertebrata » » Testudinata » » Geoemydidae »

Cuora amboinensis (Daudin 1802)

Kura-kura Katup ( malèis )

fornì da wikipedia MS

Kura-kura Padi, bahasa Inggerisnya, Southeast Asian box turtle, atau Amboina box turtle[2] adalah kura-kura dari genus Kura-kura katup.

Kura-kura ini dijumpai di Pulau Nicobar, timur India (Assam), Bangladesh, Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, tengah dan selatan Vietnam, Semenanjung Malaysia, Singapura, Filipina (Leyte, Luzon, Mindanao, Samar, Negros, Panay, dan sebagainya), Indonesia (Sulawesi, Pulau Ambon, Sumatera, Borneo, Timur Malaysia, Brunei, Nias, Enggano, Simeulue, Pulau Jawa, Sumbawa, Halmahera, Seram, Buru, Timor Timur , Bali, Palawan dan Maluku), dan mungkin di China (Guangxi dan Guangdong) serta Sri Lanka.

Nama "Amboina" diambil daripada nama Pulau Ambon di Indonesia tempat di mana spesies ini dijumpai dan awal direkodkan.

Ciri-ciri

Kura-kura ini mempunyai tempurung belakang (karapas) yang cenderung membulat tinggi dan berperisai perut (plastron) berengsel yang dapat dibuka dan tutup untuk menyembunyikan kepala dan kaki-kakinya sepenuhnya.

Kura-kura ini berwarna coklat kehitaman hinggalah coklat kekuningan. Sesetengah spesies mempunyai lunas kuning cerah, hitam, jingga atau garisan putih sepanjang lunas mereka. Secara umum, badannya mempunyai pelbagai warna dan pekat.

Kebanyakan spesies ini mempunyai jalur di kedua-dua sisi kepala yang biasanya bertemu ke bahagian hidung. Kura-kura jantan mempunyai plastron yang melengkung ke dalam.

Tabiat

Kura-kura Padi bersifat daratan, semi-akuatik dan akuatik sepenuhnya. Namun, kebanyakannya hidup di perairan air cetek, sungai mengalir, kolam atau tasik yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan sebagai makanan. Biasanya, kura-kura ini bersifat maserba iaitu memakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kecil.

Taksonomi

Terdapat empat subspesies yang dibezakan melalui warna-warna pada badan dan bentuk-bentuk ketara pada tempurungnya;

Tempurungnya (karapas) lebih rendah berbanding subspesies lain. Mempunyai bintik hitam besar pada plastron, serta kepala yg lebih besar.
Tempurungnya lebih tinggi, dan saiznya lebih kecil. Bentuk badan yg lebih lonjong serta kurang tanda hitam pada plastron. Ekornya lebih pendek berbanding subspesies yang lain.
  • Cuora amboinensis lineata (Burmese Box Turtle) McCord & Philippen, 1998 – Myanmar

Galeri

Rujukan

  1. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 214–215. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 29 May 2012.
  2. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka.
licensa
cc-by-sa-3.0
drit d'autor
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visité la sorgiss
sit compagn
wikipedia MS

Kura-kura Katup: Brief Summary ( malèis )

fornì da wikipedia MS

Kura-kura Padi, bahasa Inggerisnya, Southeast Asian box turtle, atau Amboina box turtle adalah kura-kura dari genus Kura-kura katup.