dcsimg

Ikan Keli Kayu ( Malay )

provided by wikipedia MS


Ikan Keli Kayu, Clarias batrachus, adalah spesies ikan air tawar yang mampu bernafas di darat dan terdapat kebanyakannya di Asia Tenggara.[1] Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Ikan Kucing Berjalan, dan dinamakan kerana ia bermisai seperti kucing dan keupayaannya untuk "berjalan" merentasi tanah kering, bagi mencari makanan atau persekitaran yang sesuai. Sungguhpun ia tidak sebenarnya berjalan sebagaimana haiwan berkaki empat atau berkaki dua, ia memiliki keupayaan untuk menggunakan ridipnya (“pectoral fin”) bagi mengekalkan dirinya tegak dan mengelidik seperti pergerakan ular.[2] Ikan Keli Kayu memiliki tubuh yang memanjang dengan kepala bertulang, lebar, leper dengan mulut yang luas. Ikan Keli kayu memiliki empat pasang taji yang panjang dan agak keras. They possess four pairs of long, rather stiff barbels. Ikan Keli Kayu biasanya aktif pada waktu malam (“nocturnal”), memiliki organ pernafasan tambahan di atas ingsang (seperti ikan labyrinth) bagi membolehkan ia bernafas di udara. Ia mampu hidup dalam bentuk ini dan bergerak selagi ia kekal lembabt.[2] Ikan ini biasanya tinggal dalam air tenang dan sering kali air kolam bertakung di dalam kolam, paya, anak sungai, dan sungai, sawah padi atau kolam sementara yang mungkin kering. Apabila ini berlaku, kemahirannya berjalan menjadi penting untuk bergerak kesumber air yang lain.

Ciri-ciri dan bentuk badan

Ikan Keli kayu sekitar 30 cm (sekitar sekaki) panjang dan memiliki tubuh yang lonjong. Ia sering kali diselitupi tompok putih kecil melintang, tubuhnya kebanyakannya bewarna kelabu atau kelabu keperangan.[3] Ikan Keli Kayu memiliki sirip dan ridip dorsal and sirip dubur ("anal fin")[3] termasuk beberapa pasang janggut deria (“barbell”). Kulitnya tidak bersisik tetapi diselitupi dengan lendir, yang melindungi ikan keli ketika berada di luar air.

Satu perbezaan jelas antara keli dan ikan keli tempatan Amerika Utara, Ictalurid adalah ketiadaan ridip adipose pada ikan keli.[3]

Ikan Keli Kayu perlu dipegang dengan berhati-hati ketika memancing kerana ia memiliki taji terbenam, atau mekanisma pertahanan seperti duri yang terlindung dibelakang siripnya (termasuk di bahagian tengah sebelum ekor).

 src=
Magur - Clarias batrachus – dijual di pasar HAL, Bangalore

Lokasi dan habitat

Ikan Keli Kayu merupakan tempatan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand, timur India, Sri Lanka, Bangladesh, Burma, Indonesia, Singapore, dan Borneo. Ia kemungkinannya diperkenalkan ke Filipina tetapi kini merupakan kebiasaan disemerata tempat di negara tersebut. Semasa musimnya di Filipina, ia diedarkan keseluruh negara dan kebanyakan pengguna membeli ikan keli hidup-hidup. Ikan Keli Kayu ini adalah ikan tropika dan menggemari suhu air sekitar 10 - 28°C (50 - 82°F.)

Ikan Keli Kayu membiak dalam air bertakung, biasanya rendah oksigen,[3] dan sering didapati dalam kolam berlumpur, terusan, dan habitat seumpama dengannya. Spesies ini menghabiskan kebanyakan masanya di atas, atau hampir permukaan dasar kolam dan timbul sekali-sekala bagi mengambil oksigen.[3]

Permakanan dan tabiat makan

Secara liar, permakanan ikan keli adalah maserba; ia makan ikan lebih kecil, mollusk dan haiwan bertulang belakang lain termasuk detritus dan rumpai. Ia merupakan pemakan lahap yang makan dengan cepat dan tabiat ini menjadikannya sebagai spesies ceroboh yang memudaratkan.

Sebagai spesies ceroboh

Di Amerika Syarikat ia merupakan spesies ceroboh bukan tempatan, yang kini bertapak di Florida dan dilaporkan di California, Connecticut, Georgia, Massachusetts, dan Nevada.

Ikan Keli Kayu diimport ke Florida, dikatakan dari Thailand, pada awal 1960-an bagi perdagangan akuarium.[3] Perlepasan pertama kemungkinannya berlaku pada pertengahan -1960s apabila ikan dewasa yang diimport sebagai stok pembiak terlepas, samaada dari lading ikan di timur laut Broward County atau dari lori yang mengangkut ikan pembiak antara Dade dan Broward counties. Pelepasan tambahan di Florida, dipercayai dilakukan oleh penternak ikan di kawasan Teluk Tampa, Hillsborough County pada akhir 1967 atau awal 1968, selepas negeri tersebut mengharamkan mengimport atau memiliki ikan keli. Ikan yang dilepaskan dari akuarium dipercayai bertanggung jawab bagi perlepasan di negeri lain. Dill dan Cordone (1997) melaporkan spesies ini telah dijual oleh penjual ikan tropika di California buat sekian lama. Ia juga kadang-kala ditemui di Barat tengah (“Midwest”).

Di Florida, ikan keli diketahui menceroboh ladang ternak ikan, memasuki kolam dan memakan anak ikan. Sebagai tindak balas, peladang terpaksa memasang pagar bagi melindungi kolam. Pihak berkuasa turut meluluskan undang-undang bagi mengharamkan permilikan ikan keli.

Sebagai makanan

Di Thailand ikan ini dikenali sebagai Pla Duk Dan (Bahasa Thai: ปลาดุกด้าน). Ia merupakan barangan makanan murah, disediakan dalam pelbagai cara, sering kali ditawarkan oleh penjaja jalan, terutamanya dipanggang atau digoreng.[4]

Rujukan

  1. ^ Jenis Keli
  2. ^ a b "Catfish 'walk' down street". Metro.co.uk. 2008-07-18. Dicapai 2008-07-18.
  3. ^ a b c d e f Robins, Robert H. "Florida Museum of Natural History Ichthyology Department: Walking Catfish". Florida Museum of Natural History Ichthyology Department. Dicapai 2008-07-24.
  4. ^ Pla duk (Thai)

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Ikan Keli Kayu: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Ikan Keli Kayu, Clarias batrachus, adalah spesies ikan air tawar yang mampu bernafas di darat dan terdapat kebanyakannya di Asia Tenggara. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Ikan Kucing Berjalan, dan dinamakan kerana ia bermisai seperti kucing dan keupayaannya untuk "berjalan" merentasi tanah kering, bagi mencari makanan atau persekitaran yang sesuai. Sungguhpun ia tidak sebenarnya berjalan sebagaimana haiwan berkaki empat atau berkaki dua, ia memiliki keupayaan untuk menggunakan ridipnya (“pectoral fin”) bagi mengekalkan dirinya tegak dan mengelidik seperti pergerakan ular. Ikan Keli Kayu memiliki tubuh yang memanjang dengan kepala bertulang, lebar, leper dengan mulut yang luas. Ikan Keli kayu memiliki empat pasang taji yang panjang dan agak keras. They possess four pairs of long, rather stiff barbels. Ikan Keli Kayu biasanya aktif pada waktu malam (“nocturnal”), memiliki organ pernafasan tambahan di atas ingsang (seperti ikan labyrinth) bagi membolehkan ia bernafas di udara. Ia mampu hidup dalam bentuk ini dan bergerak selagi ia kekal lembabt. Ikan ini biasanya tinggal dalam air tenang dan sering kali air kolam bertakung di dalam kolam, paya, anak sungai, dan sungai, sawah padi atau kolam sementara yang mungkin kering. Apabila ini berlaku, kemahirannya berjalan menjadi penting untuk bergerak kesumber air yang lain.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS