Pokok Lekir, pokok ubi lekir, loki atau ubi kekek ialah antara tumbuhan yang tergolong dalam 170 pokok herba berubi tropika dan subtropika dari keluarga Arum (Araceae). Beberapa spesis boleh dimakan sebagai 'makanan kebuluran' selepas melakukan penyingkiran getahnya yang beracun. Getah ubi ini apabila terkena kulit akan menyebabkan kegatalan.[1]
Nama Inggerisnya Amorphophallus (dari bahasa Yunani amorphos, "tanpa bentuk, cacat" + phallos, "zakar", merujuk pada bentuk spadix menonjol) merupakan genus lebih 200 tumbuhan herba berubi tropika dan subtropika dari keluarga Arum (Araceae).[2]
Rekod tertua systematik mengenai tubuhan ini adalah pada 1692, apabila Van Rheede tot Drakenstein menerbitkan gambaran mengenai dua tumbuhan. Nama "Amorphophallus" pertama kalu disebut pada tahun 1834 oleh pakar botani Belanda Blume.[3] Antara 1876 dan 1911, Engler menggabungkan beberapa genera lain ke dalam Amorphophallus, dengan monograf terakhir diterbitkan pada tahun 1911.[3]
Ini biasanya tumbuhan tanah rendah, tumbuh di kawasan zon tropika dan sub tropika bagi paleotropik, dari Afrika Barat hungga Kepulauan Pasifik. Tidak satupun dari mereka terdapat di Amerika sungguhpun amat menyerupai tetapi genus tidak berkait , Dracontium, telah berevolusi di sana. Kebanyakan spesies adalah endemik. Ia tumbuh kebanyakannya di tanah terusik, seperti hutan kedua.
Tumbuhan kecil sehingga gergasi ini tumbuh dari ubi bawah tanah, Ubu Amorphophallus jauh berbeza dari spesies dengan spesies, dari ubi globose tidak sekata bagi A. konjac sehingga ubi memanjang bagi A. longituberosus dan A. macrorhizus hingga stok akar bertompok pelik bagi A. coaetaneus. Dari puncak ubi ini sehelai daun, yang mampu mencecah beberapa meter bagi speseis besar, di hasilkan di atas batangseperti petiole diikuti, apabila matang, oleh inflorescence tunggal. Daun ini terdiri dari batang daun tegak dan bilah melintang, yang mungkin terdiri dari sejumlah bilangan daun kecil. Daun kekal selama semusim. Peduncle (batang bunga utama) mungkin tinggi atau pendek.
Pokok Lekir, pokok ubi lekir, loki atau ubi kekek ialah antara tumbuhan yang tergolong dalam 170 pokok herba berubi tropika dan subtropika dari keluarga Arum (Araceae). Beberapa spesis boleh dimakan sebagai 'makanan kebuluran' selepas melakukan penyingkiran getahnya yang beracun. Getah ubi ini apabila terkena kulit akan menyebabkan kegatalan.
Nama Inggerisnya Amorphophallus (dari bahasa Yunani amorphos, "tanpa bentuk, cacat" + phallos, "zakar", merujuk pada bentuk spadix menonjol) merupakan genus lebih 200 tumbuhan herba berubi tropika dan subtropika dari keluarga Arum (Araceae).