Ziziphus jujuba Ziziphus jujuba Pengelasan saintifik Alam: Plantae (tanpa pangkat): Angiosperms (tanpa pangkat): Eudicots (tanpa pangkat): Rosids Order: Rosales Keluarga: Rhamnaceae Genus: Ziziphus Spesies: Z. jujuba Nama binomial Ziziphus jujuba
Ziziphus jujuba (dari bahasa Yunani ζίζυφον, zízyphon[2]), biasanya dipanggil jujube[3] (/ˈdʒuːdʒuːb/; sometimes jujuba), kurma merah, kurma Cina,[3] kurma Korea, atau kurma India ialah satu spesies Ziziphus dalam keluarga buckthorn (Rhamnaceae). Ia digunakan terutamanya sebagai pokok teduhan yang juga menghasilkan buah.
Ia boleh didapati dari Iran ke Selatan China dan juga tenggara Eropah dan namanya berbeza mengikut kawasan setermpat. Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil Kurma merah, Kurma Cina atau India. Dalam kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan, Iran. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba. Kurma jujube ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus, besi.
Buah jujube berfungsi sebagai pelawas, mencegah daripada sembelit, menguatkan jantung, melancarkan sistem penghadaman dan amat berguna untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, ia boleh menghilangkan serak, keletihan, bermanfaat bagi mereka yang mengalami penyakit asma, mengawal cirit-birit dan mengukuhkan pertumbuhan rambut.
Buah jujube sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengawal berat badan. Daun pokok kurma jujube adalah kecil, cantik, dan buahnya berwarna merah serta berbentuk telur. Buah jujube juga berguna untuk meningkatkan tenaga fizikal dan menguatkan otot. Malah ia boleh diambil untuk rawatan degupan jantung yang tidak teratur dan peluh badan yang berlebihan .Ia juga adalah pembersih darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Buah Kurma Jujube kering bersifat astringen, menenangkan dan boleh mencegah kanser. Cara pemakanan kurma jujube juga berbeza mengikut kawasan. Di Great Britain, ia dihidangkan sebagai buah-buahan kering atau gula-gula yang lazat bersama minuman teh pada waktu petang. Di Korea, China dan Taiwan biasanya buah jujube diambil dalam bentuk sirap manis. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu yang menggunakannya untuk penghasilan cuka. Buah Kurma Jujube di dalam tin dan teh berperisa jujube juga boleh didapati di pasaran. Tetapi di Iran, Pakistan dan India, jujube kebanyakannya dimakan sebagai kurma yang kering.
Dalam kebanyakan negara di dunia, jujube dimakan sebagai kurma hijau segar yang juga lazat. Di Asia Timur, saiz pokok jujube sangat besar dengan pelbagai warna boleh didapati seperti warna merah dan hitam. Penemuan histologi menunjukkan, jujube mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati dan begitu berkesan untuk rawatan hati berlemak. Dalam perubatan tradisional Iran penggunaan jujube begitu disyorkan untuk merawat penyakit seperti batuk, selesema, dan sakit tekak. Tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kurma jujube oleh orang yang cepat kesejukan boleh menyebabkan bengkak muka dan mereka harus mengambil kurma jujube dengan currant.
Ziziphus jujuba (dari bahasa Yunani ζίζυφον, zízyphon), biasanya dipanggil jujube (/ˈdʒuːdʒuːb/; sometimes jujuba), kurma merah, kurma Cina, kurma Korea, atau kurma India ialah satu spesies Ziziphus dalam keluarga buckthorn (Rhamnaceae). Ia digunakan terutamanya sebagai pokok teduhan yang juga menghasilkan buah.
Ia boleh didapati dari Iran ke Selatan China dan juga tenggara Eropah dan namanya berbeza mengikut kawasan setermpat. Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil Kurma merah, Kurma Cina atau India. Dalam kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan, Iran. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba. Kurma jujube ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus, besi.