dcsimg

Lepus americanus ( Malaiji )

tarjonnut wikipedia MS

 src=
Rupa pada musim sejuk.

Lepus americanus ialah satu spesies arnab yang ditemui di Amerika Utara, dikenali dengan gelaran Kelinci Kasut Salji (Bahasa Inggeris: Snowshoe Hare) kerana kaki belakangnya yang besar dan jejak yang ditinggalkan oleh ekornya. Kaki haiwan ini menghalangnya daripada terjerumus dalam salji ketika melompat atau berjalan, di samping berbulu pada tapaknya supaya tidak terjejas oleh suhu yang terlalu sejuk.

Sebagai langkah penyamaran, bulunya bertukar warna putih pada musim sejuk dan warna perang karat pada musim panas; kecuali bahagian rusuknya yang putih sepanjang tahun. Lepus americanus juga dikenali dengan jambak berbulu hitam di sisi telinganya

Taksonomi dan taburan

Lepus americanus bertaburan dari timur Newfoundland hingga Alaska barat; selatan Sierra Nevada hingga California tengah; Banjaran Rocky hingga Utah selatan dan New Mexico utara; dan Pergunungan Appalachian Mountains hingga Carolina Utara dan Tennessee [2]. Taburan mengikut subspesies adalah seperti berikut:[3]

  • Lepus americanus americanus (Erxleben) – Ontario, Manitoba, Saskatchewan, Alberta, Montana, dan Dakota Utara
  • L. a. cascadensis (Nelson) – British Columbia dan Washington
  • L. a. columbiensis (Rhoads) – British Columbia, Alberta, dan Washington
  • L. a. dalli (Merriam) – Mackenzie District, British Columbia, Alaska, Wilayah Yukon
  • L. a. klamathensis (Merriam) – Oregon dan California
  • L. a. oregonus (Orr) – Oregon
  • L. a. pallidus (Cowan) – British Columbia
  • L. a. phaeonotus (J. A. Allen) – Ontario, Manitoba, Saskatchewan, Michigan, Wisconsin, dan Minnesota
  • L. a. pineus (Dalquest) – British Columbia, Idaho, dan Washington
  • L. a. seclusus (Baker dan Hankins) – Wyoming
  • L. a. struthopus (Bangs) – Newfoundland, Nova Scotia, New Brunswick, Prince Edward Island, Quebec, dan Maine
  • L. a. tahoensis (Orr) – California, Nevada barat
  • L. a. virginianus (Harlan) – Ontario, Quebec, Maine, New Hampshire, Vermont, Massachusetts, Pennsylvania, Ohio, dan Tennessee
  • L. a. washingtonii (Baird) – British Columbia, Washington, dan Oregon

Rujukan

Templat:USDA

  1. ^ Murray, D. & Smith, A.T. (2008) Lepus americanus di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 01 Februari 2010.
  2. ^
  3. ^ Hall, E. Raymond. 1981. The mammals of North America. 2nd ed. Vol. 2. New York: John Wiley and Sons ISBN 1-930665-31-8

Pautan luar

 src= Media berkenaan Lepus americanus di Wikimedia Commons

lisenssi
cc-by-sa-3.0
tekijänoikeus
Pengarang dan editor Wikipedia
alkuperäinen
käy lähteessä
kumppanisivusto
wikipedia MS

Lepus americanus: Brief Summary ( Malaiji )

tarjonnut wikipedia MS
 src= Rupa pada musim sejuk.