Dhab merupakan sejenis biawak (dalam budaya Melayu) yang terdapat di padang pasir. Dari segi sains ia dikelaskan sebagai dalam keluarga cicak. Nama Inggerisnya Egyptian Mastigure atau Egyptian dab lizard atau Egyptian spiny-tailed lizard manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis.
Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam [1] dan dikatakan merupakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional. Bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya.
Sebagai sejenis biawak, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal.
Dhab adalah tergolong dalam keluarga cicak. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau dicelah-celah batuan yang selamat untuk berlindung. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.
Orang Arab Badwi biasa memakannya dan mereka menunjukkan cara untuk menyembelihnya [2].