Ular Sawa Batik (Python reticulatus)[3], juga dikenali sebagai Ular sawa rendam,[4] ialah satu spesies ular sawa yang ditemui di Asia Tenggara. Yang dewasa boleh tumbuh mencecah 6.95 m (22.8 ka) panjangnya[5] tetapi lazimnya tumbuh hingga purata 3–6 m (10–20 kaki). Inilah spesies ular dan reptilia yang terpanjang di dunia, tetapi bukanlah yang paling besar badan. Seperti semua ular sawa, ular sawa rendam merupakan penjerut dan biasanya tidak dianggap berbahaya kepada manusia. Walaupun spesimen besar cukup kuat untuk membunuh manusia dewasa, namun serangan terhadap manusia agak jarang.
Nama spesifiknya,reticulatus, dalam bahasa Latin bermaksud "seakan jaring", atau berselirat, dan memaksudkan corak warnanya yang kompleks.[6]
Spesies ini merupakan ular terbesar yang asli di Asia. Secara amnya, ular sawa rendam dengan kepanjangan melebihi 6 m (20 ka) agak jarang, namun menurut Guinness Book of World Records, inilah satu-satunya ular masih wujud yang sering mencecah kepanjangan itu.[7] Salah seekor spesimen yang paling panjang ukuran saintifiknya, iaitu dari Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia, diukur dalam keadaan anestesia pada 6.95 m (22.8 ka) dan ditimbang pada 59 kg (130 lb) setelah tiga bulan tanpa makan.[5] Widely
Corak warnanya merupakan corak geometri kompleks yang menerapkan berbagai-bagai warna. Bahagian belakangnya lazimnya mempunyai serantaian bentuk-bentuk daiman yang tidak sekata, diapit oleh tanda-tanda kecil yang berpusat terang. Oleh sebab spesies ini luas tertabur, maka sudah tentu terdapat banyak kelainan dari segi saiz, warna dan corak.
Ular sawa yang dipamerkan dalam zoo biarpun kelihatan menyilau warna kulitnya, tetapi dalam persekitaran hutan yang berbayang-bayang di tengah-tengah daun gugur dan puing, corak kulitnya membolehkan ular ini menjadi seakan-akan halimunan. Inilah yang dinamakan pewarnaan disruptif yang melindungi ular ini daripada pemangsa sambil membantunya menangkap mangsa.[8]
Ular sawa rendam ditemui di Asia Tenggara mulai Kepulauan Nicobar, India timur laut, Bangladesh, Burma, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Malaysia dan Singapura, timur melalui Indonesia dan Kepulauan Indo-Australia (Sumatra, Kepulauan Mentawa, Kepulauan Natuna, Borneo, Sulawesi,Jawa, Lombok, Sumbawa, Sumba, Flores, Timor, Maluku, Tanimbar) dan Filipina (Basilan, Bohol, Cebu, Leyte, Luzon, Mindanao, Mindoro, Negros, Palawan, Panay, Polillo, Samar, Tawi-Tawi). [2]
Tiga subspesies telah diusulkan,[9] tetapi tidak diiktiraf dalam Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu (ITIS). Warna dan saiznya mungkin banyak bezanya antara subspesies-subspesies yang diperikan. Lokasi geografi ialah petua yang baik dalam memantapkan subspesies kerana setiap satunya ada taburan geografi yang berbeza.
Ular sawa rendam tinggal di hutan hujan, hutan jarang, dan padang rumput yang berdekatan. Ular ini juga dikaitkan dengan sungai dan dijumpai di kawasan-kawasan yang dekat dengan anak sungai dan tasik. Sebagai perenang yang mahir, ular sawa ini turut dilaporkan wujud di tengah-tengah laut dan oleh itu menduduki banyak pulau kecil dalam julatnya.[8] Pada awal abad ke-20, adalah dikatakan bahawa ular sawa turut dijumpai di kawasan-kawasan yang sibuk di Bangkok, kadang-kadang memakan haiwan peliharaan.[10]
Makanan semula jadi ular ini termasuk mamalia dan adakalanya burung. Spesimen-spesimen kecil sepanjang 3–4 m (10–14 kaki) makan terutamanya rodensia seperti tikus, manakala individu yang lebih tinggi beralih kepada mangsa-mangsa besar seperti musang, binturung, mawas dan babi. Dekat petempatan manusia, ular ini diketahui adakalanya merampas ayam, kucing dan anjing yang merayau-rayau. Antara mangsa terbesar yang didokumenkan dengan lengkap ialah seekor beruang madu separa lapar yang seberat 23 kilogram yang dimakan oleh spesimen berukuran 6.95 m (23 kaki) dan memakan sepuluh minggu untuk habis dihadam, di samping babi-babi yang beratnya melebihi 60 kg (132 lb).[11] Kebiasaannya, ular-ular ini kelihatan mampu menelan mangsa sebanyak ¼ panjangnya, dan sehingga sama beratnya.[12] Seperti ular-ular sawa yang lain, ular sawa rendam lazimnya merupakan pemburu hendap yang menunggu hingga mangsa muncul di dalam julat serangan sebelum menangkapnya dengan lingkaran lalu menjerutnya hingga mati. Bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya satu kes yang dilaporkan tentang seekor ular sawa yang memasuki pondok hutan dan merampas seorang kanak-kanak.[13]
Ular betina mengeluarkan 15 hingga 80 biji telur dalam sekali. Pada suhu eraman terbaik sekitar 31–32 °C (88–90 °F), telur-telur ini memakan masa 88 hari untuk menetas.[14] Anak yang baru menetas tidak kurang 2 kaki (61 cm) panjangnya.[10]
Tiga subspesies mungkin ditemui, termasuk yang baru:
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna |author=
) (bantuan) Ular Sawa Batik (Python reticulatus), juga dikenali sebagai Ular sawa rendam, ialah satu spesies ular sawa yang ditemui di Asia Tenggara. Yang dewasa boleh tumbuh mencecah 6.95 m (22.8 ka) panjangnya tetapi lazimnya tumbuh hingga purata 3–6 m (10–20 kaki). Inilah spesies ular dan reptilia yang terpanjang di dunia, tetapi bukanlah yang paling besar badan. Seperti semua ular sawa, ular sawa rendam merupakan penjerut dan biasanya tidak dianggap berbahaya kepada manusia. Walaupun spesimen besar cukup kuat untuk membunuh manusia dewasa, namun serangan terhadap manusia agak jarang.
Nama spesifiknya,reticulatus, dalam bahasa Latin bermaksud "seakan jaring", atau berselirat, dan memaksudkan corak warnanya yang kompleks.