Pokok Berungis merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Ia juga dikenali sebagai Cucur Atap, Chuchur Atap, Ujan Atap, Timor Tasek, China Maki, Rempah Gunong dan Da Eng.[1] Nama botaninya Baeckea frutescens. [2]
Pokok Berungis (Baeckea frutescens) adalah tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisi yang direkodkan untuk digunakan dalam menyembuhkan pelbagai keadaan kesihatan. Di Semenanjung Malaysia, pokok Berungis ditemui di puncak gunung, rabung kuarza dan pantai berpasir. Tidak banyak penerbitan mengenai pokok Berungis yang diterbitkan.[3]
Pohon berungis juga ramai diketemui di Indonesia dengan nama ujung atap, yang dipakai sebagai tanaman ubat.
Pokok Berungis terdapat di Asia Tenggara, selatan China, Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina, New Guinea, utara Australia. [4]
Pokok Berungis merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Ia juga dikenali sebagai Cucur Atap, Chuchur Atap, Ujan Atap, Timor Tasek, China Maki, Rempah Gunong dan Da Eng. Nama botaninya Baeckea frutescens.
Pokok Berungis (Baeckea frutescens) adalah tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisi yang direkodkan untuk digunakan dalam menyembuhkan pelbagai keadaan kesihatan. Di Semenanjung Malaysia, pokok Berungis ditemui di puncak gunung, rabung kuarza dan pantai berpasir. Tidak banyak penerbitan mengenai pokok Berungis yang diterbitkan.
Pohon berungis juga ramai diketemui di Indonesia dengan nama ujung atap, yang dipakai sebagai tanaman ubat.