Undur-undur adalah sebutan untuk kumpulan serangga daripada famili Myrmeleontidae (kadang-kadang dieja salah sebagai Myrmeleonidae). Di dunia ini dianggarkan ada sekitar 2,000 spesies undur-undur dan mereka tersebar di seluruh dunia, terutama di wilayah bersuhu panas dan berpasir.
Nama undur-undur diberikan pada haiwan ini kerana kebiasaan larvanya berjalan mengundur ketika menggali sarangnya di dalam tanah.