Papilionoidea (dari genus Papilio yang bermaksud "kupu-kupu") merupakan salah sebuah superfamili kupu-kupu selain Hesperioidea dan Hedyloidea.
Diusulkan bahawa kedudukan filogenetik Papilionoidea adalah seperti berikut:[1]
RhopaloceraPapilionoidea (kupu-kupu sejati)
Hesperiidae (skipper)
Hedylidae (kupu-kupu rerama Amerika)
Sesetengah pengarang menganggap kelompok ini sebagai satu siri Papilioniformes di dalam sebuah superfamili yang turut merangkumi Hesperiidae, namun tidak semua sepakat bahawa semua kupu-kupu terdiri daripada satu klad. Hesperiidae amat berbeza dengan kupu-kupu yang lain. Anggota-anggota Papilionoidea boleh dibezakan daripada kupu-kupu lain dengan sifat-sifat yang berikut:
Papilionoidea terdiri daripada lima famili yang cukup disokong dengan bukti, iaitu:
Di kalangan subfamili Nymphalidae, hanya Morphinae dan Satyrinae yang mungkin berparafili, tetapi dua subfamili tersebut membentuk sebuah klad yang kuat disokong dengan Charaxinae sebagai kelompok saudara.[2]
Sesetengah pengarang menganggap kelompok ini sebagai satu siri Papilioniformes di dalam sebuah superfamili yang turut merangkumi Hesperiidae, namun tidak semua sepakat bahawa semua kupu-kupu terdiri daripada satu klad. Hesperiidae amat berbeza dengan kupu-kupu yang lain. Anggota-anggota Papilionoidea boleh dibezakan daripada kupu-kupu lain dengan sifat-sifat yang berikut:
tubuhnya lebih kecil dan kurang seakan rama-rama; kepaknya lebih besar; sesungutnya lurus dan tongkol (berbanding sesungut Hesperiidae yang bengkok); pupanya berbentuk bersudut, tidak bundar.