dcsimg

Ubi badak ( Malay )

provided by wikipedia MS

Ubi badak (nama saintifiknya Dioscorea alata[4], adalah spesies ubi yang tumbuh bawah tanah dan boleh di makan. Ia juga dikenali dengan nama Ubi kenduduk, Ubi kelebang, Ubi ular, Ubi tiang, Ubi teropong, Ubi nasi, Ubi butung, Ubi lilin, Ubi merah, Ubi menjangan, ubi sekok, atau Ubi manis.[5] Ia memiliki warna ungu terang. Ia kadang-kala dikelirukan dengan ubi stela (Ipomoea batatas). Ia berasal dari tropika Asia, D. alata telah dikenali sejak zaman silam.[6]

Nama biasa

Oleh kerana ia telah tersebar semulajadi sepanjang kawasan tropika Amerika Selatan, Afrika, Australia, tenggara Amerika Syarikat, D. alata memiliki nama biasa berlainan di kawasan tersebut. Dalam bahasa Melayu-Polynesian *qube / *ubi boleh dibentuk secara linguistik sebagai perkataan Proto-Melayu-Polynesian bagi D. alata,[7] dan perkataan darinya didapati sepanjang julat geografi tersebar luas keluarga bahasa ini, sungguhpun dalam bahasa anak ia biasanya menjadi umum atau dipindah pada tanaman akar yang lain. Sebagai contoh termasuk bahasa Tagalog ube atau ubi, bahasa Indonesian dan Melayu ubi**, bahasa Malagasy ovy** , bahasa Fiji uvi, bahasa Tongan ʻufi, bahasa Samoan ufi**, termasuk juga bahasa Māori dan bahasa Hawai uhi. D. alata merupakan salah satu tanaman kanoe yang dibawa oleh penduduk Polynesian bersama mereka apabila mereka menetap di pulau yang baru.
** Tidak khususu bagi D.alata

Kegunaan

Masakan

 src=
Sekeping kek yang diperbuat dari ubi ungu.
 src=
Dioscorea alata ubi, bahagian tumbuhan yang boleh di makan.
 src=
Ubi ungu yang masak.
 src=
Kek gulung Ube-Macapuno.

Ia juga berguna untuk menghasilkan kanji.

Rujukan

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ubi badak Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Ubi badak
  1. ^ Dioscorea alata was first described and published in Species Plantarum 2: 1033. 1753. "Name - Dioscorea alata L". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai May 26, 2011.
  2. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species".
  3. ^ Mansfeld's World Database of Agricultural and Horticultural Crops.
  4. ^ DNA VARIATIONS WITHIN YAM CULTIVARS (DIOSCOREA SPP) AS INDICATED BY RAPD ANALYSIS.
  5. ^ ©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2014 Dewan Bahasa dan Pustaka.
  6. ^ GRIN (May 9, 2011). "Dioscorea alata information from NPGS/GRIN". Taxonomy for Plants. National Germplasm Resources Laboratory, Beltsville, Maryland: USDA, ARS, National Genetic Resources Program. Dicapai May 26, 2011.
  7. ^ Blust, Robert (2010). Trussel, Stephen, penyunting. "Austronesian Comparative Dictionary, web edition: *qubi yam: Dioscorea alata Linn". http://www.trussel2.com/ACD. Dicapai 23 August 2013. pautan luar dalam |website= (bantuan)[]

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Ubi badak: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Ubi badak (nama saintifiknya Dioscorea alata, adalah spesies ubi yang tumbuh bawah tanah dan boleh di makan. Ia juga dikenali dengan nama Ubi kenduduk, Ubi kelebang, Ubi ular, Ubi tiang, Ubi teropong, Ubi nasi, Ubi butung, Ubi lilin, Ubi merah, Ubi menjangan, ubi sekok, atau Ubi manis. Ia memiliki warna ungu terang. Ia kadang-kala dikelirukan dengan ubi stela (Ipomoea batatas). Ia berasal dari tropika Asia, D. alata telah dikenali sejak zaman silam.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS