dcsimg

Nepenthes ( малајски )

добавил wikipedia MS

Nepenthes (/nˈpɛnθz/), juga dikenali sebagai pohon periuk kera, ialah sebuah genus tumbuhan karnivor dalam famili monotip Nepenthaceae. Genus ini mempunyai lebih kurang 170 spesies,[2] serta sebilangan alamiah dan hibrid tanaman.

Pohon-pohon ini kebanyakannya pohon liana kawasan tropika Dunia Lama, dari China Selatan, Indonesia, Malaysia dan Filipina; ke barat hingga Madagascar (dus spesies) dan Seychelles (satu); ke selatan hingga Australia (tiga) dan New Caledonia (satu); dan ke arah utara ke India (satu) dan Sri Lanka (satu). kepelbagaian terbesar didapati di Borneo, Sumatra, dan Filipina, yang memiliki banyak spesies endemik. Kebanyakannya adalah tumbuhan kawasan panas dan lembap, tetapi majoriti adalah tumbuhan gunung ("montane"), kawasan di mana terdapat siang hari yang hangat dan malam yang dingin sepanjang tahun. Sebilangan kecil dikira sebagai alpin tropika, dengan hari dingin dan malam hampir beku. Nama "periuk kera" diberi kerana kera pernah dilihat meminum air hujan dari pohon-pohon ini.

Etimologi

Nama genus Nepenthes pertama kali diterbitkan pada tahun 1737 di dalam Hortus Cliffortianus karya Carl Linnaeus[3] Ia merujuk kepada petikan daripada karya Odyssey Homer di mana posyen "Nepenthes pharmakon" diberi kepada Helen oleh seorang ratu Mesir.

 src=
Nepenthes daripada Species Plantarum Carolus Linnaeus, tahun 1753

Nama "periuk kera" dalam bahasa Inggeris (monkey cups) pernah dibincang di dalam majalah National Geographic terbitan tahun Mei 1964[4].

Pohon-pohon ini juga dikenali sebagai kantong semar di Indonesia dan sako ni Hudas, (kantung duit Judas) di Filipina.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Cheek, M.; Jebb, M. (2013). "The Nepenthes micramphora (Nepenthaceae) group, with two new species from Mindanao, Philippines". Phytotaxa. 151 (1): 25–34. doi:10.11646/phytotaxa.151.1.2.
  2. ^ Christenhusz, M. J. M.; Byng, J. W. (2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  3. ^ Linnaeus, C. 1737. Nepenthes. Hortus Cliffortianus. Amsterdam.
  4. ^ Zahl, P.A. (1964). "Malaysia's Giant Flowers and Insect-trapping Plants". National Geographic. 125 (5): 680–701.

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Nepenthes Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Nepenthes.

лиценца
cc-by-sa-3.0
авторски права
Pengarang dan editor Wikipedia
изворно
посети извор
соработничко мреж. место
wikipedia MS

Nepenthes: Brief Summary ( малајски )

добавил wikipedia MS

Nepenthes (/nᵻˈpɛnθiːz/), juga dikenali sebagai pohon periuk kera, ialah sebuah genus tumbuhan karnivor dalam famili monotip Nepenthaceae. Genus ini mempunyai lebih kurang 170 spesies, serta sebilangan alamiah dan hibrid tanaman.