dcsimg

Bunga Pakma ( malais )

fourni par wikipedia MS
Spesies

Rafflesia arnoldii
Rafflesia cantleyi
Rafflesia gadutensis
Rafflesia hasseltii
Rafflesia keithii
Rafflesia kerrii
Rafflesia manillana
Rafflesia micropylora
Rafflesia pakma
Rafflesia pricei
Rafflesia rochussenii
Rafflesia schadenbergiana
Rafflesia speciosa
Rafflesia tengku-adlinii
Rafflesia tuan-mudae


Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma ialah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

Ciri

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Hal ini menunjukkan bahawa rafflesia ialah sejenis parasit yang ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.[1]

 src=
Rafflesia

Selalunya apa yang dilihat kelihatan seperti bunga yang besar. Bunga ini merupakan organ seks bunga ini yang kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya[nyatakan menurut siapa?] bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan bau ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang berlalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, hal ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Barkman, T. J. (20 Januari 2004). "Mitochondrial DNA sequences reveal the photosynthetic relatives of Rafflesia, the world's largest flower". PNAS. 101 (3): 787–792. Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)

Pautan luar

licence
cc-by-sa-3.0
droit d’auteur
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visiter la source
site partenaire
wikipedia MS

Bunga Pakma: Brief Summary ( malais )

fourni par wikipedia MS


Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma ialah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

licence
cc-by-sa-3.0
droit d’auteur
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visiter la source
site partenaire
wikipedia MS