dcsimg

Jaguar ( malais )

fourni par wikipedia MS

Jaguar (Panthera onca) ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, dan juga satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Taburan jaguar meliputi kawasan dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Melainkan di sebahagian negeri Arizona (tenggara Tucson), spesies jaguar telah menjadi pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an.

Kucing berbintik ini amat menyerupai harimau bintang, tetapi badannya lebih besar dan teguh, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang. Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air, apalagi jaguar juga pandai berenang seperti harimau belang. Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain,[3] sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura[4] serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.[5]

Jaguar ialah sejenis spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan fragmentasi habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun nyawa kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Disebabkan wujud begitu lama dalam sejarah, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam mitos kebudayaan pribumi benua Amerika, termasuk Maya dan Aztek.

Rujukan

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 546–547. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  2. ^ Caso, A., Lopez-Gonzalez, C., Payan, E., Eizirik, E., de Oliveira, T., Leite-Pitman, R., Kelly, M. & Valderrama, C. (2008). Panthera onca. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 18 January 2009. Database entry includes justification for why this species is near threatened.
  3. ^ Stephen Wroe, Colin McHenry, and Jeffrey Thomason (2006). "Bite club: comparative bite force in big biting mammals and the prediction of predatory behavior in fossil taxa" (PDF). Proceedings of the Royal Society B. Royal Society. 272 (1563): 619–625. doi:10.1098/rspb.2004.2986. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2005-07-03. Dicapai 2006-08-07.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  4. ^ Hamdig, Paul. "Sympatric Jaguar and Puma". Ecology Online Sweden via archive.org. Dicapai 2009-03-19.
  5. ^ Rosa CL de la and Nocke, 2000. A guide to the carnivores of Central America: natural history, ecology, and conservation. The University of Texas Press. ISBN 978-0-292-71604-9

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Panthera onca.
licence
cc-by-sa-3.0
droit d’auteur
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visiter la source
site partenaire
wikipedia MS

Jaguar: Brief Summary ( malais )

fourni par wikipedia MS

Jaguar (Panthera onca) ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, dan juga satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Taburan jaguar meliputi kawasan dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Melainkan di sebahagian negeri Arizona (tenggara Tucson), spesies jaguar telah menjadi pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an.

Kucing berbintik ini amat menyerupai harimau bintang, tetapi badannya lebih besar dan teguh, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang. Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air, apalagi jaguar juga pandai berenang seperti harimau belang. Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain, sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.