dcsimg
Image de Terrapene Merrem 1820
Life » » Animaux » » Vertébrés » » Testudinata » » Emydidae »

Tortue Boîte De Coahuila

Terrapene coahuila Schmidt & Owens 1944

Terrapene coahuila ( malais )

fourni par wikipedia MS

Terrapene coahuila juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Coahuilan, ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae. Tidak seperti ahli dari genus Terrapene, kura-kura ini biasanya menghabiskan 90% masanya di dalam air.[2]

Ia mempunyai pertalian dengan Kura-kura Katup Biasa (T. carolina). Para sarjana mengandaikan spesies ini beradaptasi dari persekitaran bukan akuatik di kawasan mata air padang pasir, Cuatro Ciénegas.[2]

Taburan habitat

T. coahuila berasal dari wilayah Cuatro Ciénegas di Coahuila, Mexico.[3] Kawasan kecil hanya berkeluasan 800 km² (300 batu persegi), menjadikan haiwan ini kekal di satu-satu tempat. Semasa musim hujan, Kura-kura Katup Coahuila meninggalkan habitat mereka menuju ke kawasan padang pasir yang berair.[2]

Ciri-ciri

T. coahuila sentiasa berada di persekitaran berair, dan cangkerangnya sentiasa dipenuhi lumut. Seperti kura-kura katup yang lain, plastronnya dilengkapi engsel yang membolehkan ia memasukkan kesemua kaki dan kepalanya ke dalam cangkerang. Kulitnya berwarna gelap, coklat gelap, kelabu atau hitam sepenuhnya.[2]

Diet

T. coahuila bersifat maserba. Kebanyakannya menjadikan serangga sepert lalat larva, pepatung Nymph, kumbang, reptilia kecil, ikan, udang kecil, dan tumbuh-tumbuhan akuatik (sepeti Eleocharis spp.) sebagai makanan.[3]

Pembiakan

Proses mengawan T. coahuila berlaku di dalam air cetek bermula bulan September ke Jun, dan proses penghasilan telur pada bula Mei ke September. Jumlah telur yang dihasilkan bersaiz kecil, biasanya terdiri daripada 2-3 biji sahaja sekali bertelur.[2]

Rujukan

  1. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 200. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012.
  2. ^ a b c d e Berg, William. "Aquatic or Coahuilan Box Turtle – Terrapene coahuila". Dicapai 28 July 2013.
  3. ^ a b Brown WS (1974). "Ecology of the aquatic box turtle Terrapene coahuila (Chelonia, Emydidae), with comments on its evolutionary status". Bulletin of the Florida State Museum. 19: 1–67.

Bacaan lanjut

  • Schmidt KP, Owens DW (1944). "Amphibians and Reptiles of Northern Coahuila, Mexico". Zool. Ser. Field Mus. Nat. Hist. 29 (6): 97-115. (Terrapene coahuila, new species, pp. 101–103).
  • Howeth JG, McGaugh SE, Hendrickson DA (2008). "Contrasting demographic and genetic estimates of dispersal in the endangered Coahuilan box turtle: a contemporary approach to conservation". Molecular Ecology 17: 4209–4221.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan
Terrapene coahuila
(Coahuilan box turtle)
licence
cc-by-sa-3.0
droit d’auteur
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visiter la source
site partenaire
wikipedia MS

Terrapene coahuila: Brief Summary ( malais )

fourni par wikipedia MS

Terrapene coahuila juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Coahuilan, ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae. Tidak seperti ahli dari genus Terrapene, kura-kura ini biasanya menghabiskan 90% masanya di dalam air.

Ia mempunyai pertalian dengan Kura-kura Katup Biasa (T. carolina). Para sarjana mengandaikan spesies ini beradaptasi dari persekitaran bukan akuatik di kawasan mata air padang pasir, Cuatro Ciénegas.

licence
cc-by-sa-3.0
droit d’auteur
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visiter la source
site partenaire
wikipedia MS