Serigala Pulau Vancouver (Canis lupus crassodon) ialah satu subspesies serigala kelabu, endemik di Pulau Vancouver, Barat Laut Pasifik, Amerika Utara. Ia sangat sosial dengan serigala lain, dan tinggal dalam kawanan kira-kira lima ekor hingga tiga puluh lima ekor. Ia merupakan subspesies terancam, sangat malu, dan jarang terlihat oleh manusia.[2] Serigala di kawasan Rizab Taman Negara Lingkungan Pasifik telah diketahui menyerang dan membunuh anjing bela jinak tidak terjaga.[3] Terdapat juga dua ekor serigala Pulau Vancouver di Zoo Vancouver Raya.[4]
Serigala Pulau Vancouver bersaiz sederhana, berukuran tinggi kasar-kasar 26–32 in (66–81 cm), 4–5 ka (120–150 cm) dari hidung ke hujung ekor, dan berberat kasar-kasar 60 kg (130 lb). Ia biasanya berwarna campuran kelabu, perang, dan hitam. Kadang-kadang ia kelihatan berwarna putih tulen.
Sumber makanan utama serigala ini ialah rusa berekor hitam Columbia, dan elk Roosevelt.
Serigala Pulau Vancouver (Canis lupus crassodon) ialah satu subspesies serigala kelabu, endemik di Pulau Vancouver, Barat Laut Pasifik, Amerika Utara. Ia sangat sosial dengan serigala lain, dan tinggal dalam kawanan kira-kira lima ekor hingga tiga puluh lima ekor. Ia merupakan subspesies terancam, sangat malu, dan jarang terlihat oleh manusia. Serigala di kawasan Rizab Taman Negara Lingkungan Pasifik telah diketahui menyerang dan membunuh anjing bela jinak tidak terjaga. Terdapat juga dua ekor serigala Pulau Vancouver di Zoo Vancouver Raya.