dcsimg

Serigala Bernard ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Serigala Bernard (Canis lupus bernardi), juga dikenali sebagai serigala tundra Pulau Banks, serigala Pulau Banks, dan serigala Pulau Victoria,[1] merupakan satu subspesies serigala kelabu, Canis lupus, yang terhad di Pulau Banks dan di Pulau Victoria di Artik Kanada. Satu spesies pupus, ia diperihalkan "putih dengan bulu berhujung hitam di sepanjang permatang belakang". Ia secara formal ditemui, dikelaskan, dan dinamai sempena Peter Bernard dan Joseph F. Bernard, anak saudaranya, selepas kulit dan tengkorak seekor jantan dewasa dikumpulkan oleh mereka dan dibawa ke Muzium Negara Kanada.[2][3] Terdapat sangat sedikit spesimen bagi spesies ini yang ditemui, kira-kira antara tiga[4] dengan empat[2] jumlahnya. Suatu tinjauan dijalankan pada Mac 1993 oleh Jabatan Sumber Boleh Baharu yang sepatutnya mengkatalogkan populasi serigala dan karibu kawasan itu. Sementara sebilangan karibu dijumpai dan dicatat, bersama dengan banyak lagi spesies haiwan peribumi, seekor serigala tunggal pun tidak dijumpai. Populasi Pulau Victoria dipercayai telah pupus pada antara 1918 dengan 1952.[5] Ia dahulu meluas di habitat aslinya tetapi dipunahkan oleh perburuan berlebihan.[6]

Rujukan

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Serigala Bernard
許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS

Serigala Bernard: Brief Summary ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Serigala Bernard (Canis lupus bernardi), juga dikenali sebagai serigala tundra Pulau Banks, serigala Pulau Banks, dan serigala Pulau Victoria, merupakan satu subspesies serigala kelabu, Canis lupus, yang terhad di Pulau Banks dan di Pulau Victoria di Artik Kanada. Satu spesies pupus, ia diperihalkan "putih dengan bulu berhujung hitam di sepanjang permatang belakang". Ia secara formal ditemui, dikelaskan, dan dinamai sempena Peter Bernard dan Joseph F. Bernard, anak saudaranya, selepas kulit dan tengkorak seekor jantan dewasa dikumpulkan oleh mereka dan dibawa ke Muzium Negara Kanada. Terdapat sangat sedikit spesimen bagi spesies ini yang ditemui, kira-kira antara tiga dengan empat jumlahnya. Suatu tinjauan dijalankan pada Mac 1993 oleh Jabatan Sumber Boleh Baharu yang sepatutnya mengkatalogkan populasi serigala dan karibu kawasan itu. Sementara sebilangan karibu dijumpai dan dicatat, bersama dengan banyak lagi spesies haiwan peribumi, seekor serigala tunggal pun tidak dijumpai. Populasi Pulau Victoria dipercayai telah pupus pada antara 1918 dengan 1952. Ia dahulu meluas di habitat aslinya tetapi dipunahkan oleh perburuan berlebihan.

許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS