Serigala Eurasia (Canis lupus lupus), juga dikenali sebagai serigala am[2] atau serigala hutan Rusia Tengah,[3] ialah satu subspesies serigala kelabu yang asli di Eropah dan di zon hutan dan steppe bekas Kesatuan Soviet. Ia pernah sekali meluas di seluruh Eurasia sebelum Zaman Pertengahan; di samping daripada catatan paleontologi dan genetik meluas,[4] bahasa-bahasa Indo-Eropah biasanya mempunyai beberapa perkataan untuk 'serigala', lalu membuktikan kelimpahan dan keertian budaya haiwan berkenaan.[5] Ia ditempatkan tinggi dalam budaya-budaya Dacia,[6] Baltk,[7] Yunani, Rom dan Celt, sementara disyaitankan dalam budaya suku Jermanik.[8]
Ia merupakan yang terbesar daripada serigala kelabu Dunia Lama, berberat pada antara 69–80 kg (152–176 lb), tetapi ini berubah-ubah menurut rantau.[9][3] Bulunya agak pendek dan kasar,[2] dan pada amnya berwarna perang kekuning-kuningan, dengan putih pada tekat yang hampir-hampir tidak menganjur ke pipi.[9] Melanis, balar dan eritris adalah jarang, dan kebanyakan disebabkan oleh pengacukan serigala-anjing.[10] Raungan serigala Eurasia jauh lebih berlanjutan dan merdu daripada yang basgi subspesies serigala kelabu Ameriak Utara, yang raungannya adalah lebih lantang dan mempunyai penegasan lebih kuat pada suku kata pertama. Kedua-duanya walau bagaimanapun boleh faham secara menyaling, kerana serigala Amerika Utara telah dicatatkan bergerak balas terhadap raungan gaya Eropah yang dibuat oleh ahli biologi.[11]
Banyak populasi serigala Eurasia terpaksa memandiri secara besar-besaran terhadap haiwan ternakan dan sampah di kawasan dengan kegiatan manusia padat, tetapi ungulat liar seperti moose, rusa merah, dan babi hutan masih merupakan sumber makanan paling penting di Rusia dan di rantau lebih bergunung Eropah Timur. Spesies mangsa lain seperti rusa kutub, argali, mouflon, wisent, saiga, kambing gurun, chamois, kambing liar, rusa parang dan rusa kesturi.[12]
Serigala Eurasia (Canis lupus lupus), juga dikenali sebagai serigala am atau serigala hutan Rusia Tengah, ialah satu subspesies serigala kelabu yang asli di Eropah dan di zon hutan dan steppe bekas Kesatuan Soviet. Ia pernah sekali meluas di seluruh Eurasia sebelum Zaman Pertengahan; di samping daripada catatan paleontologi dan genetik meluas, bahasa-bahasa Indo-Eropah biasanya mempunyai beberapa perkataan untuk 'serigala', lalu membuktikan kelimpahan dan keertian budaya haiwan berkenaan. Ia ditempatkan tinggi dalam budaya-budaya Dacia, Baltk, Yunani, Rom dan Celt, sementara disyaitankan dalam budaya suku Jermanik.
Ia merupakan yang terbesar daripada serigala kelabu Dunia Lama, berberat pada antara 69–80 kg (152–176 lb), tetapi ini berubah-ubah menurut rantau. Bulunya agak pendek dan kasar, dan pada amnya berwarna perang kekuning-kuningan, dengan putih pada tekat yang hampir-hampir tidak menganjur ke pipi. Melanis, balar dan eritris adalah jarang, dan kebanyakan disebabkan oleh pengacukan serigala-anjing. Raungan serigala Eurasia jauh lebih berlanjutan dan merdu daripada yang basgi subspesies serigala kelabu Ameriak Utara, yang raungannya adalah lebih lantang dan mempunyai penegasan lebih kuat pada suku kata pertama. Kedua-duanya walau bagaimanapun boleh faham secara menyaling, kerana serigala Amerika Utara telah dicatatkan bergerak balas terhadap raungan gaya Eropah yang dibuat oleh ahli biologi.
Banyak populasi serigala Eurasia terpaksa memandiri secara besar-besaran terhadap haiwan ternakan dan sampah di kawasan dengan kegiatan manusia padat, tetapi ungulat liar seperti moose, rusa merah, dan babi hutan masih merupakan sumber makanan paling penting di Rusia dan di rantau lebih bergunung Eropah Timur. Spesies mangsa lain seperti rusa kutub, argali, mouflon, wisent, saiga, kambing gurun, chamois, kambing liar, rusa parang dan rusa kesturi.