Ketam raja, juga dipanggil ketam batu, adalah keluarga dari ketam-seperti krustasia decapod yang khususnya dijumpai di laut sejuk. Penamaan ketam batu berasaskan dari bahasa saintifik iaitu paralithodes, dimana para bermaksud dekat/hampir/selari dalam Greek, manakala lithodes yang juga dalam Greek, bermaksud serupa atau seperti batu. Saiz besar mereka bermakna yakni banyak spesies adalah meluas ditangkap dan dijual sebagai makanan.
Juga dikenali sebagai Paralithodes camtschaticus, dimana bahasa saintifik akhirnya camtschaticus dalam Latin bermaksud, asal dari/milik kepada Kamchatka di Rusia. Raja merah merupakan ketam raja yang paling banyak dijual secara komersial, dan merupakan ketam yang paling mahal. Ia merupakan ketam yang paling besar, badannya saja tidak termasuk kaki, boleh mencapai keluasan 28cm (11") dan lebar kakinya pula boleh mencapai 1.829 meter(6 kaki). Ketam jenis ini merupakan yang paling biasa ditangkap di Laut Bering dan Norton Sound, dan merupakan yang paling susah untuk ditangkap, tetapi walaubagaimanapun, ia merupakan yang paling digemari untuk dimakan dan ia rasanya lebih sedap dari udang galah. Ketam raja Merah, mendapat namanya apabila warnanya bertukar kepada merah setelah dimasak, berbanding dengan sebelum dimasak, iaitu warnanya lebih kepada merah biji kundang.
Juga dikenali sebagai Paralithodes platypus. Ketam ini bukan berwarna biru sejati, tetapi mempunyai warna merah yang kurang sedikit berbanding ketam raja merah dan mempunyai warna yang sedikit kebiru-biruan. Berhabitat di pulau-pulau St.Matthew dan Pribilof, Alaska sehingga Laut Jepun. Ia dikatakan jenis yang paling besar diantara semua ketam raja yang ada. Beratnya saja, boleh mencecah sehingga 8 kg (18lb) atau lebih. Ketam jenis ini kadang-kadang dijual bersama dengan ketam raja merah, sebab rasanya lebih kurang sama dengan ketam raja merah.
Merupakan antara ketam raja yang terkecil. Berwarna merah keperang-perangan atau juga dikenal sebagai ketam raja emas dan Lithodes aequispinus. Berhabitat disekeliling gugusan kepulauan Aleut. Mempunyai rasa yang hampir sama dengan ketam raja Biru.
Mempunyai warna merah yang terang atau cerah. Atau lebih dikenali dikalangan penangkap ketam di Laut Bering sebagai Scarlet. Bukan jenis ketam raja yang dikomersialkan sebagai makanan. Ketam jenis ini jarang ditangkap sebagai tangkapan.
|quotes=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) Ketam raja, juga dipanggil ketam batu, adalah keluarga dari ketam-seperti krustasia decapod yang khususnya dijumpai di laut sejuk. Penamaan ketam batu berasaskan dari bahasa saintifik iaitu paralithodes, dimana para bermaksud dekat/hampir/selari dalam Greek, manakala lithodes yang juga dalam Greek, bermaksud serupa atau seperti batu. Saiz besar mereka bermakna yakni banyak spesies adalah meluas ditangkap dan dijual sebagai makanan.