dcsimg

Graptemys nigrinoda ( Malay )

provided by wikipedia MS

Graptemys nigrinoda juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Bonggol Hitam ialah kura-kura akuatik dengan warna kelabu terang pada kulitnya.[3] Antara ciri-ciri fizikal kura-kura ini berbanding spesies kura-kura peta yang lain ialah kewujudan jungkir yang berbonjol seperti bonggol pada bahagian karapas (cangkerang belakang). Spesies ini mendiami kawasan sungai di Teluk Mobile, Alabama dan Mississippi.[4]

Ciri-ciri

Karapas G. nigrinoda sedikit melengkung dengan empat vertebranya berbonjol, seperti bonggol yang berwarna hitam. Bonggol kedua dan ketiga lebih tinggi berbanding pertama dan keempat. Bonggol-bonggol tersebut menjadi benjolan kecil apabila kura-kura semakin dewasa.[3]

Biasanya karapas mereka berwarna coklat-zaitun.[4] Pada setiap "plat" cangkerang terdapat corak bulatan seperti cincin yang berwarna kuning kehijauan.[3] Anak kura-kura yang baru menetas memiliki warna yang sama dengan kura-kura dewasa, namun lebih terang dan bersinar.[5]

Haiwan ini memiliki kepala yang kecil, mempunyai belang hitam dan kuning, dengan jaluran berbentuk sabit pada belakang matanya apabila dilihat dari tepi. Jaluran ini meyambung pada leher ke kaki hadapan kura-kura ini. Warna pada bahagian belakang kaki lebih pudar berbanding hadapannya.[6]

Terdapat ciri-ciri fizikal dimorfisme seksual antara jantina kura-kura, di mana saiz betina dua kali ganda lebih besar berbanding jantan. Malah, karapas betina juga lebih tinggi berbanding jantan. Manakala ekor jantan lebih panjang berbanding betina.[5] Rekod saiz terpanjang kura-kura ini yang pernah dicatatkan ialah 7.6-10.2 cm (3–4 in) pada jantan dan 10.2-19.1 cm (4-7.5 in) pada betina.

Taburan habitat

Haiwan ini berasal dari tenggara Amerika Syarikat.[3] Di Alabama, mereka boleh ditemui di Teluk Mobile. Di Mississippi, mereka ditemui di Sungai Tombigbee dan Sungai Black Warrior sehingga ke utara, Wilayah Jefferson, Alabama.[3] Spesies ini hanya bertahan hidup di air tawar.[3]

Habitat dan ekologi

Kura-kura ini dikatakan aktif pada permulaan April hingga penghujung November.[5] Rutin hidupnya dipenuhi aktiviti berjemur pada awal pagi sehingga senja.[5][7] Aktiviti berjemur boleh mengurangkan pembiakan parasit dan algae yang tumbuh pada badannya.[7]

Mereka akan segera masuk ke dalam air apabila didekati, mencari rekahan-rekahan kayu dan celah batu di dasar air.[8] Kebanyakan kawasan habitat dipilih dikelilingi pasir dan tanah liat.[4] Manakala anak-kura-kura memilih tempat air tenang sebagai habitat.[3]

Haiwan ini juga menjadikan kumbang dan pepatung yang jatuh ke dalam air sebagai makanan.[7] Selepas beberapa kajian terhadap kura-kura jantan dan betina, Lahanas[5] mendapati terdapat pebezaan peratusan bahan makanan antara kedua-dua jantina. Secara kasar, kura-kura jantan memilih 58% bahan makanan dari haiwan dan 40% tumbuh-tumbuhan, manakala betina memilih 70% bahan dari haiwan dan 29% tumbuh-tumbuhan. Antara tiga sumber utama makanan yang datang dari haiwan ialah span, bryozoa, dan moluska. Tumbuh-tumbuhan pula adalah dari jenis algae.

Kura-kura jantan mencapai kematangan seksual sekitar 3–4 tahun manakala betina pula 7–8 tahun. Kura-kura betina boleh bertelur dalam tiga hingga empat kali setahun dan sarang telur yang dibina biasanya memuatkan lima biji telur.[3] Proses pembinaan sarang bermula dari bulan Mei hingga Ogos di kawasan-kawasan berpasir.[5] Spesies ini juga menjadikan serangga sebagai makanan.[4]

Rujukan

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Graptemys nigrinoda.
  1. ^ Graptemys nigrinoda, Reptile Database
  2. ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 187–188. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 29 May 2012.
  3. ^ a b c d e f g h Blankenship, Emmett L., Brian P. Butterfield, and James C. Goodwin. 2008. "Grapemys nigrinoda Cagle 1954 - Black-Knobbed Map Turtle, Black-Knobbed Sawback." Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs (ISSN 1088-7105) (5): 005.1 - 005.6.
  4. ^ a b c d Behler, J.L., and F.W. King. 1979. The Audubon Society Field Guide to North American Reptiles and Amphibians. New York: Alfred A. Knopf. 743 pp. ISBN 0-394-50824-6. ("Black-knobbed Sawback", Graptemys nigrinoda, pp. 462-63 + Plate 281.)
  5. ^ a b c d e f Lahanas, P.N. 1982. Aspects of the life history of the southern black-knobbed sawback, Graptemys nigrinoda delticola Folkerts and Mount. Master’s Thesis, Auburn University, Auburn, Alabama. 243 pp.
  6. ^ Mount, R.H. 1975. The Reptiles and Amphibians of Alabama. Auburn Univ. Agr. Exp. Sta. Auburn, Alabama, 347 pp.
  7. ^ a b c Waters, J.C. 1974. The biological significance of the basking habit in the black-knobbed sawback, Graptemys nigrinoda Cagle. Master’s Thesis, Auburn University, Auburn, Alabama.
  8. ^ "Black-knobbed Map Turtle." Graptemys.com Map Turtles. N.p., n.d. Web. 6 Apr. 2011. <"Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 8 October 2011. Dicapai 2011-04-28.>

Bacaan lanjut

  • Cagle, F.R. 1954. Two New Species of the Genus Graptemys. Tulane Studies in Zoology 1 (11): 165-186.
  • Conant, R. 1975. A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Houghton Mifflin. Boston. xviii + 429 pp. + 48 plates. ISBN 0-395-19979-4 (hardcover), ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys nigrinoda, p. 59 + Plate 8 + Map 17.)
  • Smith, H.M., and E.D. Brodie, Jr. Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys nigrinoda, pp. 52–53.)

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Graptemys nigrinoda: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Graptemys nigrinoda juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Bonggol Hitam ialah kura-kura akuatik dengan warna kelabu terang pada kulitnya. Antara ciri-ciri fizikal kura-kura ini berbanding spesies kura-kura peta yang lain ialah kewujudan jungkir yang berbonjol seperti bonggol pada bahagian karapas (cangkerang belakang). Spesies ini mendiami kawasan sungai di Teluk Mobile, Alabama dan Mississippi.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS