Anodorhynchus adalah satu genus burung makaw biru besar yang berasal dari habitat terbuka atau separa terbuka di kawasan tengah dan timur Amerika Selatan. Genus ini termasuk dua spesies terancam iaitu Makaw Hyacinth dan Makaw Lear (juga dikenali sebagai makaw Indigo), dan satu spesies yang bermungkinan telah pupus Makaw Glaucous. Makaw Hyacinth yang memiliki panjang 100 sentimeter (39 in) merupakan parrot terpanjang di dunia. Makaw Glaucous and Lear membiak di kawasan tebing; manakala Makaw Hyacinth pula membiak dan membuat sarang di dalam pokok. Semua spesies ini memakan kekacang daripada beberapa spesies palma (contohnya Acrocomia aculeata, Attalea phalerata, Butia yatay dan Syagrus coronata).
Makaw biru telah lama diketahui menjadi haiwan peliharaan sejak tahun 1790,[petikan diperlukan] meskipun lokasi habitat asli Makaw Lear tidak diketahui sehingga tahun 1978.[1]
Pada tahun 1800-an, Makaw Glaucous dihapuskan dari habitat asalnya ekoran pembersihan hutan bagi tujuan pertanian dan peternakan lembu di hutan palma Yatay (Butia yatay) di mana menjadi tempat spesies ini mendapatkan makanan,[2][3] meskipun khabar angin akan kewujudan berlanjutan. Makaw Lear membuat kemunculan semula dari ancaman kepupusan pada awal tahun 1980-an (sekitar 60 ekor) kepada lebih dari 1000 ekor ekoran kejayaan program pemuliharaan. Makaw Hyacinth masih boleh didapati di dalam kawasan habitatnya, akan tetapi bertaburan kepada tiga kawasan utama iaitu di selatan Brazil, timur Bolivia dan timur-laut Paraguay; populasi burung ini menurun di sebabkan penangkapan berluasa untuk tuujuan perniagaan haiwan kesayangan selain kehilangan habitat.
Kedua-dua makwa Hyacinth dan Lear diletakkan dalam senarai CITES Appendix 1.
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna |author=
) (bantuan) |date=
(bantuan)Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link) Anodorhynchus adalah satu genus burung makaw biru besar yang berasal dari habitat terbuka atau separa terbuka di kawasan tengah dan timur Amerika Selatan. Genus ini termasuk dua spesies terancam iaitu Makaw Hyacinth dan Makaw Lear (juga dikenali sebagai makaw Indigo), dan satu spesies yang bermungkinan telah pupus Makaw Glaucous. Makaw Hyacinth yang memiliki panjang 100 sentimeter (39 in) merupakan parrot terpanjang di dunia. Makaw Glaucous and Lear membiak di kawasan tebing; manakala Makaw Hyacinth pula membiak dan membuat sarang di dalam pokok. Semua spesies ini memakan kekacang daripada beberapa spesies palma (contohnya Acrocomia aculeata, Attalea phalerata, Butia yatay dan Syagrus coronata).
Makaw biru telah lama diketahui menjadi haiwan peliharaan sejak tahun 1790,[petikan diperlukan] meskipun lokasi habitat asli Makaw Lear tidak diketahui sehingga tahun 1978.
Pada tahun 1800-an, Makaw Glaucous dihapuskan dari habitat asalnya ekoran pembersihan hutan bagi tujuan pertanian dan peternakan lembu di hutan palma Yatay (Butia yatay) di mana menjadi tempat spesies ini mendapatkan makanan, meskipun khabar angin akan kewujudan berlanjutan. Makaw Lear membuat kemunculan semula dari ancaman kepupusan pada awal tahun 1980-an (sekitar 60 ekor) kepada lebih dari 1000 ekor ekoran kejayaan program pemuliharaan. Makaw Hyacinth masih boleh didapati di dalam kawasan habitatnya, akan tetapi bertaburan kepada tiga kawasan utama iaitu di selatan Brazil, timur Bolivia dan timur-laut Paraguay; populasi burung ini menurun di sebabkan penangkapan berluasa untuk tuujuan perniagaan haiwan kesayangan selain kehilangan habitat.
Kedua-dua makwa Hyacinth dan Lear diletakkan dalam senarai CITES Appendix 1.