dcsimg

Perissodactyla ( Malay )

provided by wikipedia MS

Perissodactyla (Yunani: περισσός, perissós, "tidak sekata", + δάκτυλος, dáktylos, "jari") merupakan sebuah order mamalia yang telapuknya mempunyai bilangan jari yang ganjil (1, 3, atau 5 batang).[2] Selalunya, jari tengah di setiap telapuknya lebih besar daripada jari-jari lain. Ahli Perissodactyla lazimnya merupakan haiwan peragut yang besar-besar, tetapi tidak seperti ahli Artiodactyla berjari genap yang ruminan, ianya mempunyai perut yang agak ringkas kerana menapai di usus belakang, mencerna selulosa tumbuhan di dalam usus daripada dalam perut. Antara ahlinya ialah kuda, tenuk, dan badak sumbu.

Taksonomi

Ahli-ahli order ini terbahagi kepada dua suborder:

  • Hippomorpha, ungulat berjari ganjil yang kini berupa pelari laju berkaki panjang dengan sebatang jari sekaki. Satu-satunya famili dalam suborder ini ialah Equidae (yang hanya tinggal genus Equus), terdiri daripada kuda, kuda belang, keldai, dan spesies-spesies berkaitan. Makhluk pupus Brontotheriidae yang seakan-akan badak sumbu turut tergolong dalam suborder ini. Kedua-dua keluarga mungkin keturunan Palaeotheriidae.
  • Ceratomorpha, memiliki beberapa batang jari yang berfungsi; lebih berat dan bergerak lebih perlahan daripada Hippomorpha. Suborder ini ada dua famili yang wujud, iaitu: Tapiridae (tapir) dan Rhinocerotidae (badak sumbu). Chalicotheriidae yang pupus mungkin tergolong dalam suborder ini.

Tiga famili Perissodactyla yang masih wujud digolongkan seperti berikut:

Rujukan

  1. ^ Hooker, 2005, p. 206.
  2. ^ American Heritage Dictionary of the English Language, 3rd edition, 1992, p. 1348
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Perissodactyla: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Perissodactyla (Yunani: περισσός, perissós, "tidak sekata", + δάκτυλος, dáktylos, "jari") merupakan sebuah order mamalia yang telapuknya mempunyai bilangan jari yang ganjil (1, 3, atau 5 batang). Selalunya, jari tengah di setiap telapuknya lebih besar daripada jari-jari lain. Ahli Perissodactyla lazimnya merupakan haiwan peragut yang besar-besar, tetapi tidak seperti ahli Artiodactyla berjari genap yang ruminan, ianya mempunyai perut yang agak ringkas kerana menapai di usus belakang, mencerna selulosa tumbuhan di dalam usus daripada dalam perut. Antara ahlinya ialah kuda, tenuk, dan badak sumbu.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS