Pengarang berwibawa: Bromhead
SusunanMagnoliales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga.
Dalam sistem APG II 2003, Magnoliales dimasukkan dalam klad magnoliid dan dibataskan seperti berikut:
Ini adalah betul-betul sama dengan sistem APG 1998. Dalam kedua-dua sistem ini yang diterbitkan oleh APG, Magnoliales merupakan kumpulan asas yang dikecualikan daripada eudikot.
Sistem Cronquist 1981 memasukkan Magnoliales dalam subkelas Magnoliidae yang merupakan sebahagian kelas Magnoliopsida [=dikotiledon] dan menggunakan pembatasan yang berikut:
Sistem Thorne (1992) memasukkuan Magnoliales dalam supersusunan Magnolianae yang merupakan sebahagian subkelas Magnoliidae [= dikotiledon] dalam kelas Magnoliopsida [= angiosperma] dan menggunakan pembatasan yang berikut (termasuk tumbuhan-tumbuhan yang dimasukkan dalam susunan Laurales dan Piperales oleh sistem-sistem yang lain):
Sistem Engler, dalam pengemaskiniannya pada tahun 1964, memasukkan Magnoliales dalam subkelas Archychlamydeae yang merupakan sebahagian kelas Dicotyledoneae [=dikotiledon] dan menggunakan pembatasan yang berikut:
Versi sistem Wettstein terkini yang diterbitkan pada tahun 1935 tidak menggunakan nama "Magnoliales", tetapi mempunyai susunan Polycarpicae yang mempunyai pembatasan yang serupa. Susunan ini dimasukkan dalam Dialypetalae yang merupakan sebahagian subkelas Choripetalae dalam kelas Dicotyledones.
Daripada huraian di atas, jelaslah bahawa tumbuhan-tumbuhan yang dimasukkan dalam susunan Magnoliales oleh APG telah dilihat sebagai berkait dan selalu dimasukkan dalam susunan Magnoliales (atau pendahlulunya). Perbezaannya disebabkan sistem-sistem yang awal memasukkan tumbuhan-tumbuhan lain yang telah dialihkan ke susunan-susunan berhampiran dalam klad magnoliid oleh APG.
Magnoliales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga.