dcsimg

Bawang ( Malay )

provided by wikipedia MS

Bawang ialah suatu bebawang dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga.

Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih[1] dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk.[2] Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.

Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan.[2][3]

Jenis Bawang جنيس باوڠ

Terdapat pelbagai jenis bawang seperti berikut :-

Kegunaan كڬوناءن

Masakan

Bawang paling banyak digunakan sebagai bahan masakan kerana bahagian berbeza-beza tumbuhan ini menghasilkan pelbagai rasa dan tekstur sama ada dimasak atau mentah. Bawang biasanya digunakan untuk menambah rasa, menaikkan aroma masakan, atau sebagai hiasan hidangan. Bawang putih sering dijerukkan untuk dijadikan kudapan. Kucai pula hanya daunnya yang dituai manakala bawangnya dibiarkan di dalam tanah untuk menumbuhkan daunnya semula. Bawang besar sering digunakan sebagai rempah tetapi juga boleh dipotong cincin lalu digoreng tepung untuk dijadikan kudapan.

Tanaman Hiasan

Kerana bunganya yang cantik dan warnanya yang pelbagai bawang juga sering digunakan sebagai tanaman hiasan.

Bawang banyak digunakan dalam masakan.

Lihat juga ليهت جوڬ

Pautan luar ڤاوتن لوار

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bawang.


Rujukan روجوعن

  1. ^ Umberto Quattrocchi. 2000. CRC World Dictionary of Plant Names Jilid I, m/s. 91. CRC Press: Boca Raton; New York; Washington,DC;, USA. London, UK. ISBN 978-0-8493-2673-8 (set)
  2. ^ a b Eric Block (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. Royal Society of Chemistry. ISBN 978-0-85404-190-9.
  3. ^ Dilys Davies (1992). Alliums: The Ornamental Onions. Timber Press. ISBN 0-88192-241-2.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Bawang: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Bawang ialah suatu bebawang dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga.

Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk. Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.

Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS