Napuh (bahasa Inggeris: Greater Mouse Deer) adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Tragulus napu.
Napuh merupakan spesies "even-toed ungulate" dalam keluarga Tragulidae. Ia terdapat di Sumatera, Borneo dan kepulauan kecil di Malaysia dan Indonesia, dan di selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia dipercayai pupus di daerah Singapura sehinggalah ia dijumpai di pulau luar pantai pada tahun 2008.[1][2] Lapuran mengenai kehadirannya di tempat lain kemungkinannya tidak tepat.[1] Habitat semulajadinya adalah di hutan tanah rendah separa-tropika atau tropika.
Tragos adalah perkataan Yunani bagi "kambing" dan –ulus dalam bahasa Latin bererti "kecil". Napu merupakan nama tempatan, dari perkataan Melayu "Napuh". Nama Inggeris (rusa-tikus - "mouse-deer") merujuk kepada saiznya yang kecil dan bukannya ia sebagai rusa sebenar. Ia juga digelar "greater" (lebih besar) kerana ia lebih besar berbanding spesies Tragulus yang lain.
Napuh terdapat di Sumatera, Borneo dan pulau kecil di Malaysia dan Indonesian, dan di selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia tinggal berhampiran dengan air, di hutan tropika dan semak berpaya. Ia merupakan haiwan darat, tetapi banyak menghabiskan masa di kawasan lecak berpaya.
Napuh merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna |author=
) (bantuan) Napuh (bahasa Inggeris: Greater Mouse Deer) adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Tragulus napu.
Napuh merupakan spesies "even-toed ungulate" dalam keluarga Tragulidae. Ia terdapat di Sumatera, Borneo dan kepulauan kecil di Malaysia dan Indonesia, dan di selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia dipercayai pupus di daerah Singapura sehinggalah ia dijumpai di pulau luar pantai pada tahun 2008. Lapuran mengenai kehadirannya di tempat lain kemungkinannya tidak tepat. Habitat semulajadinya adalah di hutan tanah rendah separa-tropika atau tropika.