dcsimg

Penyu hijau ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı

Penyu hijau atau juga dikenali sebagai penyu Agar[1], penyu Pulau, penyu Hitam mempunyai nama sains Chelonia mydas adalah sejenis penyu laut besar yang berada di dalam keluarga Cheloniidae.[2] Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Chelonia.[3] Taburan penyu laut meluas di seluruh laut-laut tropika dan subtropika di seluruh dunia, dengan dua populasi berbeza di Lautan Atlantik dan Pasifik. Nama penyu ini terbit daripada lemak berwarna hijau yang boleh dijumpai di bawah karapasnya.

Penyu hijau memiliki badan dorsoventral rata ditutupi oleh satu karapas besar, berbentuk air mata dan sepasang kaki sirip besar seperti pendayung. Ia biasanya berwarna cerah, kecuali warna pada karapasnya yang hampir kehitam-hitaman bagi penyu yang didapati hidup di kawasan Pasifik Timur. Tidak seperti anggota-anggota lain dalam keluarganya seperti penyu laut Hawksbill dan penyu laut Loggerhead, Chelonia mydas[4] adalah sejenis herbivor. Penyu dewasa biasanya tinggal di lagun cetek, dan memakan pelbagai spesies rumpai laut.

Sepertimana penyu laut yang lain, ia jarak penghijrahannya adalah jauh di antara tempat mencari makanan dan lokasi pembiakkannya di pantai. Kebanyakan pulau di seluruh dunia dikenali sebagai Pulau Penyu kerana menjadi tempat untuk penyu laut hijau bertelur. Penyu betina akan naik ke pantai, menggali sarang dan bertelur pada waktu malam. Anak penyu akhirnya menetas dan memasuki air. Penyu hijau mungkin hidup sehingga umur 80 di habitat liar.

Chelonia mydas telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN dan CITES dan dilindungi daripada dieksploitasi di kebanyakan negara. Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengutip, membahayakan atau membunuh penyu hijau. Selain itu, banyak negara memiliki undang-undang dan ordinan bagi menlindungi kawasan pembiakan. Walau bagaimanapun, penyu hijau masih berada dalam bahaya di sebabkan beberapa tindakan manusia. Di beberapa negara selain faktor pencemaran, penyu dan telurnya juga diburu sebagai makanan. Banyak juga yang mati terperangkap di dalam jaring nelayan. Akhirnya, pembangunan berdekatan pensisiran pantai juga menyebabkan kemusnahan habitat ekoran musnahnya pantai pembiakkan.

 src=
Taburan C. mydas. Bulatan merah menandakan tapak-tapak pembiakkan utama. Bulatan kuning pula lokasi pembiakkan kecil

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Penyu hijau.
lisans
cc-by-sa-3.0
telif hakkı
Pengarang dan editor Wikipedia
orijinal
kaynağı ziyaret et
ortak site
wikipedia MS

Penyu hijau: Brief Summary ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı

Penyu hijau atau juga dikenali sebagai penyu Agar, penyu Pulau, penyu Hitam mempunyai nama sains Chelonia mydas adalah sejenis penyu laut besar yang berada di dalam keluarga Cheloniidae. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Chelonia. Taburan penyu laut meluas di seluruh laut-laut tropika dan subtropika di seluruh dunia, dengan dua populasi berbeza di Lautan Atlantik dan Pasifik. Nama penyu ini terbit daripada lemak berwarna hijau yang boleh dijumpai di bawah karapasnya.

Penyu hijau memiliki badan dorsoventral rata ditutupi oleh satu karapas besar, berbentuk air mata dan sepasang kaki sirip besar seperti pendayung. Ia biasanya berwarna cerah, kecuali warna pada karapasnya yang hampir kehitam-hitaman bagi penyu yang didapati hidup di kawasan Pasifik Timur. Tidak seperti anggota-anggota lain dalam keluarganya seperti penyu laut Hawksbill dan penyu laut Loggerhead, Chelonia mydas adalah sejenis herbivor. Penyu dewasa biasanya tinggal di lagun cetek, dan memakan pelbagai spesies rumpai laut.

Sepertimana penyu laut yang lain, ia jarak penghijrahannya adalah jauh di antara tempat mencari makanan dan lokasi pembiakkannya di pantai. Kebanyakan pulau di seluruh dunia dikenali sebagai Pulau Penyu kerana menjadi tempat untuk penyu laut hijau bertelur. Penyu betina akan naik ke pantai, menggali sarang dan bertelur pada waktu malam. Anak penyu akhirnya menetas dan memasuki air. Penyu hijau mungkin hidup sehingga umur 80 di habitat liar.

Chelonia mydas telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN dan CITES dan dilindungi daripada dieksploitasi di kebanyakan negara. Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengutip, membahayakan atau membunuh penyu hijau. Selain itu, banyak negara memiliki undang-undang dan ordinan bagi menlindungi kawasan pembiakan. Walau bagaimanapun, penyu hijau masih berada dalam bahaya di sebabkan beberapa tindakan manusia. Di beberapa negara selain faktor pencemaran, penyu dan telurnya juga diburu sebagai makanan. Banyak juga yang mati terperangkap di dalam jaring nelayan. Akhirnya, pembangunan berdekatan pensisiran pantai juga menyebabkan kemusnahan habitat ekoran musnahnya pantai pembiakkan.

 src= Taburan C. mydas. Bulatan merah menandakan tapak-tapak pembiakkan utama. Bulatan kuning pula lokasi pembiakkan kecil
lisans
cc-by-sa-3.0
telif hakkı
Pengarang dan editor Wikipedia
orijinal
kaynağı ziyaret et
ortak site
wikipedia MS