dcsimg

Tuntung ( malèis )

fornì da wikipedia MS

Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau. Tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun. Terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun.

Sifat fizikal

Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. Tuntung betina boleh membesar sehingga 50 sm berbanding dengan tuntung jantan yang boleh membesar lebih kurang 40 sm mengikut karapasnya.

Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Tuntung mempunyai kepala yang kecil dan boleh disembunyikan di dalam karapasnya apabila diganggu.

Anak tuntung biasanya mempunyai lunas vertabrat (lunas tulang belakang) yang lebih menonjol di balik karapasnya berbanding tuntung dewasa.

Tuntung khususnya anak tuntung amat mudah diancam oleh haiwan pemangsa seperti biawak, buaya sungai dan memerang.

Pemakanan

Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Namun tuntung juga turut menggemari ikan kecil.

Pembiakan

Anak tuntung berwarna kelabu dan yang dewasa berwarna coklat kekelabuan. Apabila tiba musim mengawan, warna kepalanya menjadi putih dan terdapat jalur merah di bahagian tepi mata, tetapi yang betina tidak berubah.

Spesies tuntung banyak terdapat di Sungai Perak. Tuntung juga boleh dijumpai di Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Musim bertelur adalah dari bulan Oktober - Januari. Tuntung betina biasanya akan bertelur 2 kali setahun bergantung kepada kekerapan pengawanan bersama tuntung jantan. Tuntung betina akan mendarat untuk bertelur di pantai-pantai atau muara sungai pada masa air surut di waktu malam. Tuntung betina biasanya akan mengorek lubang penetasan kira-kira pada kedalaman 50-70 cm.

Tuntung betina akan mengorek lubang penetasan dengan menggunakan kedua-dua tangan depannya dan mengambuskan kembali lubang dengan ekor dan kedua-dua kaki belakangnya.

Pantai tempat bertelur kebiasaannya terletak beberapa kilometer dari muara sungai tempat hidupnya. Telurnya berbentuk bujur dan menghasilkan 4 hingga 20 biji telur pada setiap kali bertelur. Telur-telur akan ditinggalkan dan tidak dijaga sama seperti penyu. Telur-telur tersebut akan menetas dalam tempoh lebih kurang 72 hari.

Konservasi dan pemuliharaan

Aktiviti pemuliharaan spesies tuntung kini merupakan salah satu agenda penyelamatan spesies hidupan liar yang bergerak aktif. Misalnya di Malaysia, aktiviti seperti ini diusahakan oleh Perhilitan negeri Perak. Populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun, kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus.

Langkah konservasi tuntung yang diamalkan oleh Perhilitan negeri Perak biasanya bermula dari aspek pengutipan telur tuntung, pengeraman, penjagaan lepas menetas, pelepasan, penguatkuasaan dan pengawalan.

Tuntung betina yang telah mendarat ditepi muara dan bertelur akan meninggalkan telurnya begitu sahaja sebaik sahaja dikambus dengan pasir. Pekerja Perhilitan akan bertanggungjawab untuk melihat dan mengawal kawasan pendaratan tuntung dengan lebih kerap bagi mengelakkan telur tuntung daripada dicuri. Seawal pukul 7.20 pagi, pekerja Perhilitan akan pergi ke kawasan pendaratan tuntung untuk melihat dan memeriksa samaada terdapatnya biji telur tuntung yang tertanam. Tapak peneluran yang mengandungi telur akan dikorek dan dikeluarkan telurnya dengan berhati-hati. Semua telur dipindahkan ke pusat rehabilitasi tuntung di tepi Sungai Perak, Bota Kanan, Perak.

Telur tuntung yang telah di kutip akan dieram dam tapak eraman khas yang berpasir dan bersangkar. Tuntung yang berjaya ditetas akan dijaga rapi dan diletakkan dalam besin untuk dibiarkan berenang dengan bebas. Setiap anak tuntung pada mulanya akan diberikan makanan palet yang berzat penuh dengan mineral dan multivitamin bagi membolehkan ia membesar denga cepat dan sihat. Tuntung yang telah berumur 1-2 tahun akan diberikan makanan mengikut diet semulajadinya seperti ikan kecil dan sayur bayam segar. Pemberian sayur akan dinyah racun bagi mengelakkan tuntung dari cepat sakit dan mati. Pemberian makanan biasanya dilakukan pada pukul 10.00 pagi.

Kolam tuntung akan sentiasa dibersihkan sekerap mungkin iaitu seminggu sekali bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Tuntung yang sudah berumur 2 tahun dan keatas biasanya akan dimasukkan mikrocip pengesan, ini bagi membolehkan tuntung dikesan apabila ia dilepaskan ke habitat asal tuntung tersebut.

Kos penyelenggaran dan perbelanjaan pemuliharaan dan pemeliharaan tuntung dianggarkan memakan belanja sehingga RM 85,000 setahun.

Tuntung di Malaysia merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh dibawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana orang dari menangkap, memakan, menjual tuntung dan telurnya.

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia terletak di Kampung Bota Kanan Daerah perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 16 30an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies in

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini

Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.

Rujukan

  • Asian Turtle Trade Working Group (2006). Batagur baska. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 10 May 2006. Database entry includes justification for why this species is critically endangered
  • Das, Indraneil (1989) "Batagur baska in Orissa" Hamadryad: The Journal of the Madras Crocodile Bank Trust 14(1): 2-3
  • Gray,J.E. (1857) "Notice of some Indian tortoises (including the description of a new species presented to the British Museum by Professor Oldham)" Annals and Magazine of Natural History 19(2): 342-344
  • Platt, S.G.; Bryan L. Stuart; Heng Sovannara; Long Kheng, Kalyar and Heng Kimchhay (2003) "Rediscovery of the critically endangered river terrapin, Batagur baska, in Cambodia, with notes on occurrence, reproduction, and conservation status" Chelonian Conservation and Biology 4(3): 691

Pautan luar

licensa
cc-by-sa-3.0
drit d'autor
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visité la sorgiss
sit compagn
wikipedia MS

Tuntung: Brief Summary ( malèis )

fornì da wikipedia MS

Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau. Tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun. Terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun.

licensa
cc-by-sa-3.0
drit d'autor
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visité la sorgiss
sit compagn
wikipedia MS