dcsimg
Image of Leopard Tortoise
Creatures » » Animal » » Vertebrates » » Turtles » » Tortoises »

Leopard Tortoise

Stigmochelys pardalis (Bell 1828)

Stigmochelys pardalis ( Malay )

provided by wikipedia MS

Stigmochelys pardalis atau dipanggil leopard tortoise ialah kura-kura besar yang dijumpai di kawasan savana di timur dan selatan benua Afrika. Daripada Sudan hingga ke selatan daerah Cape. Satu-satunya spesies dalam genus Stigmochelys walaupun pernah diletakkan di bawah genus Geochelone sebelum ini.[1] Kura-kura ini mendiami kawasan separa gersang dan berumput di mana cuacanya boleh jadi terlalu panas dan sejuk serta dihuni oleh serigala, musang atau haiwan seperti ardvark. Kura-kura ini menggali lubang untuk bertelur.

Taksonomi dan etimologi

Kura-kura ini pernah dikelaskan di bawah pelbagai genus seperti Geochelone (1957), Stigmochelys (2001), Centrochelys (2002), and Psammobates (2006). Bagaimanapun, kajian terkini menetapkan ia sebagai genus monotip iaitu Stigmochelys.[1][2][3] Terdapat juga perdebatan mengenai kewujudan dua subspesies namun, tiada sokongan saintifik mengenai kajian itu.[3]

istilah Stigmochelys ialah kombinasi perkataan Greek: stigma yang bermakna "tanda" atau "bintik". Manakala chelone membawa maksud "kura-kura". Perkataan pardalis diambil daripada istilah Latin iaitu pardus bermaksud harimau bintang yang merujuk kepada bintik-bintik pada cangkerang badannya yang seakan-akan seperti bintik-bintik pada harimau bintang.

Ciri-ciri

 src=
Corak bebintiknya pudar pada spesimen yang matang

Haiwan ini adalah kura-kura keempat terbesar di dunia, dengan saiz mencecah 40 sentimeter (16 in) dan berat 13 kilogram (29 lb).[5]

Karapasnya tinggi. Kura-kura muda lebih menarik dengan bebintik atau garisan hitam, pada badannya. Namun bintik-bintik ini akan menjadi kelabu dan pudar apabila ia lebih dewasa. Kepala dan kakinya berwarna kekuningan, perang, atau coklat.[5]

Taburan dan habitat

Habitatnya merangkumi kawasan savana yang gersang di timur dan selatan Afrika, hingga ke selatan Sudan dan Somalia, sepanjang Afrika timur ke Afrika Selatan dan Namibia. Spesies ini tidak ditemui pada kawasan yang lembap terutamanya di Afrika tengah.[1][3]

Ekologi

 src=
Leopard tortoise makan tumbuh-tumbuhan.

Haiwan ini bersifat maun; dietnya terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga, rumput dan sukulen. Kadangkala mereka juga menggerogot tulang dan bangkai dubuk untuk memperoleh kalsium yang penting bagi pertumbuhan tulang, cangkerang dan telurnya. Haiwan ini menjadi agen pertumbuhan bagi tumbuh-tumbuhan kerana setiap biji-biji tumbuhan yang mereka telan tidak akan dihadam dan menjadi benih apabila dikumuh keluar. Biasanya mereka aktif pada waktu siang dan menjadi kurang aktif terhadap cuaca panas atau musim kering.[3][5]

Haiwan ini berusia panjang dengan mencapai kematangan pada usia 12 hingga 15 tahun. Apabila tiba musim mengawan, kura-kura jantan akan memikat betina dengan melawan pesaing jantan yang lain. Semasa proses mengawan, yang jantan akan mengeluarkan suara yang kuat. Proses bertelur berlaku dalam bulan Mei dan Oktober apabila betina menggali lubang dan menghasilkan 5 hingga 30 biji telur. Pengeraman mengambil masa 8 hingga 15 bulan bergantung kepada suhu.[6] Antara pemangsa yang memakan telur haiwan ini termasuklah biawak, ular, serigala dan burung gagak. Kura-kura dewasa jarang menjadi mangsa namun singa dan dubuk dilaporkan ada yang memburu mereka.[3]

Pemuliharaan

Aktiviti manusia, seperti pembakaran terbuka, eksploitasi komersial seperti perdagangan haiwan dan dijadikan makanan, menjadi punca utama ancaman populasi haiwan ini. Namun, kura-kura ini semakin banyak dibela untuk dijual. Contohnya, kebanyakan kura-kura yang dieksport dari Kenya dan Tanzania adalah kura-kura yang dibela, bagi mengurangkan haiwan liar yang ditangkap dari hutan.[3]

Kura-kura ini disenaraikan dalam Appendix II oleh CITES sejak tahun 1975 dan 2000, Amerika Syarikat mengharamkan pengimportan haiwan ini dari luar kerana khuatir dijangkiti oleh bakteria yang dibawa oleh kutu pada haiwan ini yang boleh menjangkiti binatang ternakan.

Gallery

Nota kaki

  1. ^ a b c d Turtle Taxonomy Working Group (2014)
  2. ^ a b Fritz (2007)
  3. ^ a b c d e f g Baker (2015)
  4. ^ Uwe (2007)
  5. ^ a b c Branch (2008)
  6. ^ Ernst (1989)

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Stigmochelys pardalis: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Stigmochelys pardalis atau dipanggil leopard tortoise ialah kura-kura besar yang dijumpai di kawasan savana di timur dan selatan benua Afrika. Daripada Sudan hingga ke selatan daerah Cape. Satu-satunya spesies dalam genus Stigmochelys walaupun pernah diletakkan di bawah genus Geochelone sebelum ini. Kura-kura ini mendiami kawasan separa gersang dan berumput di mana cuacanya boleh jadi terlalu panas dan sejuk serta dihuni oleh serigala, musang atau haiwan seperti ardvark. Kura-kura ini menggali lubang untuk bertelur.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS