dcsimg

Pokok Saga ( Malay )

provided by wikipedia MS
Untuk kegunaan lain, sila lihat Saga (nyahkekaburan).

 src=
Pokok Saga merupakan pokok saka.
 src=
Biji saga pandang dekat

Pokok Saga merupakan sejenis pokok saka malar hijau yang besar.

Buah saga bewarna merah dan pada suatu masa dahulu pernah digunakan bagi mengukur berat emas.

Buah saga juga dijadikan permainan menjentik, dan batu sembang (dijahit dalam karung kain.)

Proton Saga, kereta pertama Malaysia juga dinamakan sempana buah / pokok Saga.

 src=
Biji saga yang bewarna merah dan mempunyai kelonsong yang keras.
 src=
Kulit luar biji saga yang terbuka apabila matang, membebaskan biji saga.

Terdapat beberapa spesies pokok saga, antaranya adalah:

Kegunaan

Pokok Saga juga digunakan sebagai pokok perubatan. Ia biasa terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia dan tersebar luas dikebanyakan kepulauan tinggi di Pasifik Selatan dan kawasan tropika lain di dunia.

Kegunaan tradisi pokok Saga adalah kulit kayunya digunakan bagi merawat kusta - tradisi di Kepulauan Solomon. Kegunaan aktif biologinya adalah sebagai agen anti-bakteria menurut buku Perubatan Tumbuhan dalam South Pacificby the World Health Organization.

Biasanya pokok ini tumbuh sepanjang jalan sungguhpun ia biasa terdapat di kawasan hutan terbuka kering biasa. Pokok saga biasanya gemarkan tanah neutral atau agak berasid tetapi ia mudah menyesuaikan diri dan tumbuh dikebanyakan tanah lembab di kawasan cuaca tropika bermusim. Biasanya, ia tumbuh di kawasan tropika tanah rendah antara 300 - 400 m, tetapi pertumbuhan optima pokok bergantung kepada kelembapan kawasan - kelembapan optima antara 3000 - 5000 nm.

Pokok Saga mampu tumbuh setinggi 15 - 20 kaki. Ia biasanya berdahan lebat dengan banyak daun di pucuk. Ia memiliki daun bipinnate dengan 3 - 6 set pinnae, dan jambak 5 bunga berpisah. Kelopak bunga dan benang sari pohon umumnya bewarna putih kekuningan, dan daun kecil tipis dengan permukaan atas kesat dan permukaan bawah hijau kebiruan. Ia menghasilkan buah berkelongsong yang membengkok dan pecah apabila matang. Kekacang mengandungi sejumlah biji-benih kecil merah darah yang keras, dan bunga dan buah Saga pada umumnya terdapat sepanjang tahun. Biji dari pokok Saga berwarna merah terang. Polong matang akan kekal di pohon untuk jangka panjang - kadang-kadang sehingga musim bunga berikutnya sebelum jatuh. Bunga-bunga ini memiliki sedikit aroma. Kulit pokok Saga digunakan untuk merawat kusta biasanya yang lembut, putih dan berserat.

Rujukan

Pautan luar


Senarai pokok Pokok mangga A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pokok Saga: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
Untuk kegunaan lain, sila lihat Saga (nyahkekaburan).  src= Pokok Saga merupakan pokok saka.  src= Biji saga pandang dekat

Pokok Saga merupakan sejenis pokok saka malar hijau yang besar.

Buah saga bewarna merah dan pada suatu masa dahulu pernah digunakan bagi mengukur berat emas.

Buah saga juga dijadikan permainan menjentik, dan batu sembang (dijahit dalam karung kain.)

Proton Saga, kereta pertama Malaysia juga dinamakan sempana buah / pokok Saga.

 src= Biji saga yang bewarna merah dan mempunyai kelonsong yang keras.  src= Kulit luar biji saga yang terbuka apabila matang, membebaskan biji saga.

Terdapat beberapa spesies pokok saga, antaranya adalah:

Pokok Saga Daun Tumpul (Adenanthera pavonina) L. Pokok Saga Daun Tajam (Adenanthera bicolor) Merr. Adenanthera intermedia Merr.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS